Ketika pulang dari riadah pagi ternampak 3 orang ahli jawatankuasa Surau An Nur sedang minum kopi di restoran depan surau tersebut. Saya pun bagi salam dan bertenggek bersama mereka buat seketika. Rupanya mereka sedang berbincang perkara kecurian ‘compressor’ hawa dingin di surau. Pencurinya dikenalpasti sebagai saorang India yang baru masuk Islam. Jawatankuasa yakin kepadanya dan benarkan beliau menggunakan dapur surau sebagai tempat bermalam. Case ini jadi ‘pagar makan padi’.
Episod ini dijadikan topic perbualan kami pagi itu.
Semuanya sependapat bahawa mereka yang memeluk Islam ada ulterior motive, sedikit sangat yang bertujuan nak beriman. Mukminin yang sebenar tidak akan menyoal jika saudara baru memohon pertolongan, jika tidak sia sia saja ibadah yang di berikan kepada mereka. Tapi kadang kadang tu geram juga bila di ingatkan mereka mengambil kesempatan dengan sikap kita yang dermawan. Sanggup mereka mengendong anak kecil di panas terek meminta sedekah. Biasalah strategi mereka membawa anak anak kecil supaya kita terus lentuk bersimpati.
Mereka yang sedang nak masuk ke bank dengan urusan tertentu akan melalui peminta peminta derma, konon kutipan buat masjid, kutipan untuk anak anak yatim dan berbagai bagai lagi. Yang lebih canggih ialah melalui jualan kitab kitab agama. Semuanya bersangkutan dengan hal hal agama belaka.
Kadang kadang segan dan malu juga kepada yang bukan muslim: ‘orang melayu Islam ni tak ada kerja, asyik meminta saja’. Ialah kita ni ingin nak masuk shorga dengan secara senang, kan sabda Rasul saw: 3 perkara yang akan dibawa bersama kita, salah satu ialah sedekah amal jariah.
Masa zaman jahilliah, sebelum bersetuju nak kasi derma saya akan interview dulu;
- sihat sihat macam ni mengapa tak minta kerja,
- awak orang Bangla atau Rohingga,
- ada permit ka?
- nak buat masjid kenapa tak minta bantuan kerajaan?
Soalan banyak tapi derma paling banyak RM 2. Kalau yang jual buku jawab saja; cucu belum sekolah atau buku ni saya dah ada.
Sekarang dah insaf tapi dalam hati belum berapa clear lagi, masih ada rungutan sikit sikit. Begitulah hati bila dah ada bintik bintik hitam, kena berusaha lebih gigih untuk mencucinya dan berharap moga moga Allah memberi hidayah.