Monday, December 10, 2007

Hj. Isa Berdakwah Mengislamkan Orang Asli Di Ulu Langat.

Ahad lalu saorang sahabat memperkenalkan saya dengan Hj. Isa dari Kemensah Height berdekatan dengan kawasan Zoo Negara. Berumur dalam lingkungan 76 tahun merupakan saorang graduan dari Agriculture College, Serdang, seangkatan dengan tokoh tokoh yang hebat seperti Tan Sri Rashdan Baba, Tan Sri Ani Arope dan Tan Sri Arshad Ayob. Beliau tidak glamour seperti sahabat sahabatnya tetapi sehingga ke hari ini Hj.Isa merupakan saorang pendakwah yang teristimewa. Barangkali jika dinilai dari pandangan Allah Taala, beliaulah manusia yang paling mulia kerana fisabilillahnya. Usaha gigih bersama isteri dicurahkan untuk berdakwah dan mengajak orang asli yang masih terpinggir di daerah Ulu Langat menganut Islam.

Terdapat beberapa kelumpuk keluarga orang asli yang belum menganuti mana mana agama, masih dengan kepercayaan nenek moyang mereka dahulu kala. Maka berlumbalah Hj.Isa dengan mubaligh mubaligh Kristen berdakwah kepada kelumpuk kelumpuk tersebut.

Kami dibawa melawat kawasan kawasan penduduk orang asli di Pangsoon, Sungai Congkak, Sungai Lui dan Kampung Longlai di daerah Ulu Langat. Pengdekatan yang Hj. Isa gunakan ialah dengan bergaul mesra dengan komuniti untuk mendapat keyakinan mereka. Fasa seterusnya ialah membuat follow up dengan mengadakan beberapa kemudahan untuk tujuan dakwah seperti surau dan balai raya. Buat permulaan surau akan dikenalpasti sebagai dewan ilmu, khuatir nanti yang belum Islam tidak akan mendekatinya.

Dewan ilmu Sungai Congkak


Perkampungan Sungai Lui



Untuk menarik orang asli ke dewan maka dibina pula berbagai aktiviti sukan seperti gelanggang badmington atau takraw dan padang bola.

Konsepnya sama kaedah membangun sesuatu komuniti masyarakat dan mereka harus sentiasa diselia dengan lawatan dan menjaga kebajkan menerusi kelas agama atau lain lain mata pelajaran seperti bahasa Inggeris.

Program ini di kendalikan yang olih isteri Hj. Isa, seminggu sekali di tiga penempatan yang berlainan. Usaha ini adalah voluntary works yang hanya memerlukan dedikasi dan comitment yang tinggi tanpa apa apa imbuhan di dunia. Cuma mengharap keredhoan dan rahmat Allah Taala.

Kelas agama di Donglai Baru


Sekali sekala penuntut penuntut pengajian tinggi akan adakan program bersama sama orang asli dan Hj. Isa akan sediakan rumah untuk menempatkan mereka untuk beberapa ketika.

Hj. Isa tidak mendapat peruntukan dari mana mana institusi kerajaan pun, sumber kewangan beliau ialah daripada derma khas yang diwujudkan di masjid tempat beliau selalu berjamaah. Beliau cuba mendapatkan bantuan dari institusi kerajaan malangnya sering diberi jawapan negatif kononnya tidak ada peruntukan.

Masakini Hj. Isa merancang untuk merperbaiki dewan ilmu dan rumah penginapan di perkampungan Sungai Lui. Beliau turut merancang kawasan riadah di sugai berdekatan untuk kemudahan penduduk dan pengunjung luar sebagai tarikan.


Dewan di Sungai Lui yang perlu diperbaiki

Mencantikan sungai untuk riadah di Sungai Lui

Hj. Isa sekarang dalam dilema kerana tiada siapa yang akan mengambil alih bila beliau tiada. Kebetulan sahabat saya yang bergiat dalam Jemaah Islam Malaysia cawangan Gombak ( JIM ) berhasrat untuk mengwujudkan program dengan anak anak jalanan, walaupun target group yang berlainan tapi matlamat sama jika memilih perkampungan orang asli sebagai model program beliau. Lawatan pagi Ahad ialah dengan tujuan meninjau sama ada program Hj. Isa menepati hasrat program JIM.

Wakil JIM Gombak akan membuat lawatan kedua minggu hadapan, inshaallah.