Tuesday, July 29, 2008

Bandar Kota Baru Penuh Barokah.

Jumaat lepas saya dan isteri ke Kota Baru dan Kuala Trengganu menemani anak kerana urusannya. Kami tumpang sekaki kerana kali terakhir lawatan ke bandar dan pekan di Pantai Timur ialah 15 tahun yang lalu. Lebih kurang selama Kelantan di tadbir olih Tok Guru Nik Abdul Aziz ( TGNA ).

Terasa keheningan suasana bila tiba di jajahan TGNA. Kebetulan pula hari cuti am dan cuaca sejuk nak hujan. Tak ramai orang dalam pekan kerana kebanyakan kedai tutup belaka. Susah juga cari kedai makan hari Jumaat di Kota Baru.

Lima belas tahun dahulu tempat penginapan kegemaran saya ialah Temenggung Hotel. Di zaman tersebut satu lagi hotel yang popular ialah Perdana Hotel. Sekarang tempat tempat penginapan sudah tumbuh bak cendawan selapas hujan. Mungkin ini hasil pentadbiran yang berhemah TGNA.

Anehnya dari dahulu kala lagi pasar dan kedai kedai jualan masih di dominasi olih che mek molek belaka. Anak bertanya; orang lelaki Kelantan buat apa ayah? Mereka semua lagak sebagai CEO jawab saya berseloroh. Entahlah agaknya mungkin ke laut, ke bendang dan buat kerja kontrek. Tak macam K/L pekerja binaan semuanya orang Indon.

Amat membanggakan sekurang kurangnya ‘front row’ marketing kebanyakan bumiputra, mungkin non-bumi susah nak cari makan disana atau memadai dengan menjadi ‘big boss’ dibelakang tabir. Bagaimana cara pun memang sejuk hati pelancung Islam yang ke sana.

Anak dan isteri naik mabuk dengan kain tudung bila di bawa berkunjung ke pasar Wakaf Che Yeh. Terdapat beratus peniaga di pasar tersebut, malang semuanya menjual perkara yang sama. Kecuali yang menjual buah buahan dan gerai makanan.

Tahniah kerajaan negeri kerana menempatkan penjual kecilan ini di kawasan luar dari bandar untuk mengelak kesesakan lalulintas. Pasar tersebut akan jadi masyhor dengan jualan tudung wanita di hari hari mendatang.