Bulan puasa memang tak ada mood nak menulis blog,tetapi hari ini rasa tak tahan lagi melihat perkara perkara yang berlaku di sekeliling.
Zohor tadi saya ke masjid berjemaah, selepas solat saya tak terus pulang ke rumah tapi bersimbang dengan amil yang di tugaskan memungut fitrah. Beliau menunjukan saya satu pekeliling yang di keluarkan olih Jawi: arahan bertarikh 26 September 2007, tidak membenarkan masjid/surau memainkan kaset bacaan Al Quran sebelum masuk waktu solat. Bacaan hendaklah dilakukan secara live olih pegawai masjid. Alasan yang diberikan adalah kerana kesalahan teknikal. Ada hamba Allah yang mendengar kurang selesa mendengar bacaan menerusi kaset. Maka saya pun bertanyakan Pengurusi masjid apakah yang dimaksudkan olih Jawi, masing masing hanya mampu membuat andaian saja.
Orang kepo macam saya ni mulalah membuat andaian yang mungkin tidak tepat bagaimana pun sekurang kurangnya masuk juga di akal.
Yang dikatakan kesalahan teknikal mungkin disebabkan: (a) kaset, (b) pegawai yang memainkan kaset atau (c) orang yang merakamkan kaset tersebut. Tidak mungkin (c) sebab yang membacanya semua ahli ahli belaka. Kemungkinan alat pemain kaset tu dah lama jadi bunyinya dah gelong, atau (b) pegawai yang memainkan tidak prihatin, ialah hentikan bacaan dengan mendadak dengan tidak memperdulikan ayat ayat yang di baca.
Jika itulah sebabnya pihak Jawi harus keluarkan arahan untuk mengatasi masalah (a) dan (b) dahulu sebelum tidak membenarkan langsung.
Pada pandangan saya alasan yang diberikan Jawi cuma hendak camouflage isu lain. Bayangkanlah mana ada pegawai masjid/surau yang mampu menjalankan tugas membaca Al Quran, yang ada pun lintang pukang tajwidnya. Terpaksalah masjid/surau mewujudkan al hafith untuk tujuan tersebut dan tidak mungkin ada bajet untuk tujuan tersebut. Nak bayar duit api pun letih. Jadi jika arahan tersebut dipatuhi, maka senyap sepilah masjid/surau. Munkin inilah tujuan yang diselindungkan olih Jawi. Pegawai Jawi bukannya tak cerdik tetapi mungkin ini adalah arahan sebenar pihak pemerintah.
Kenapa pula Pemerintah Islam Haadari sanggup keluarkan arahan tersebut? Susah nak difikirkan kecuali ada tekanan dari pihak pihak yang pening mendengar bacaan Al Quran. Kalaulah trend ini berlanjutan maka di satu hari nanti azan pun tidak dibenarkan, kecuali speaker nya di halakan ke dalam masjid/surau itu sendiri.
Mashaallah, apa dah jadi!!!
No comments:
Post a Comment