Saturday, January 19, 2008

Majlis Ilmu Bersama Kuliah Magrib

Di maklumkan kepada muslimin dan muslimat yang berminat untuk menambah ilmu pengetahuan Islam dalam pelbagai bidang, di jemput hadir ke kuliah magrib bertempat di Markas Pas Taman Melewar, Kuala Lumpur. Mereka yang tinggal berhampiran sangat digalakkan. Kuliah di anjurkan pada tiap tiap hari kecuali Sabtu dan Ahad, mengambil masa selama lebih kurang 40 minit ke satu jam sementara menunggu solat ishak.

Ceramah berpandukan buku buku yang di kenalpasti sebagai contoh;

Tafsir Al Quran olih Sayyid Qutb

Alternatif masa depan olih Dr.Yusuf El Qaradawi

Ancaman Sekularisme olih Dr.Zulkifli Ismail

Fiqh halal haram olih Dr.Yusuf El Qaradawi

Akidah perjuangan Islam olih Ustaz Al Fazil Noor

Petunjuk Sepanjang Jalan olih Syed Qutb

Berikut disertakan jadual jadual kuliah sepanjang bulan Januari 2008.








Tuesday, January 15, 2008

Masjid Sebagai Rumah Ibadat

Memang tepat sekali komentar Subky Abdul Latif ( HarakahDaily.Net 14/01/08 ) diatas kenyataan TPM Dato Najib menjanjikan Kelantan sebagai pusat ketemadunan Islam. Itu hanya merupakan propaganda beliau untuk mengelirukan pengundi Kelantan.

Saya tertarik dengan kenyataan bahawa ‘‘Sepanjang 18 tahun Pas memerintah, berapa masjid yang dibina. Saya dimaklumkan hanya satu iaitu di Rantau Panjang. Tetapi sehingga kini projek itu masih tergendala,”katanya.

Mungkin Najib bermaksud bahawa rakyat Kelantan susah atau jarang jarang berjemaah terutama solat Jumaat, tak mungkin. Tuan Guru Nik Aziz mengaku akan kenyataan tersebut tetapi beliau tidak menyatakan kemana orang Kelantan bersolat Jumaat.

Najib impikan Kelantan di bangunkan dengan masjid seperti yang terdapat di Lembah Kelang atau negeri negeri dibawah pemerintahan Umno. Masjid yang tersergam indah dengan ukiran dan tulisan khat yang susah hendak difahami olih jemaah. Hiasan dalaman hanya akan dikagumi olih pengunjung dalam dan luar negara. Hanya untuk mengagongkan keindahan masjid seperti masjid Crystal di Trengganu, Putrajaya dan banyak lagi. Malangnya hasrat untuk dijadikan rumah ibadat tidak kesampaian dan tidak diberi perhatian yang serius. Nasib baik ustaz menyatakan hiasan hiasan khat dalaman masjid adalah bida’ah yang di haruskan.

Masjid masjid yang tersergam indah tidak dimakmurkan bukan kerana ketiadaan jemaah tetapi disebabkan olih pentadbiran dan pengurusan yang tidak berminat.

Sepatutnya imam yang dilantiklah diberi tanggongjawab untuk memakmurkan masjid. Ini tidak, di tugaskan kepada ahli ahli politik Umno yang berminat untuk membodek sahaja kerjanya.

Imam selepas solat terus pulang kerumah atau membuat tugasan lain. Maklumlah elaun imam tidak seberapa terpaksa kena tampung dengan kerja lain. Kadang kadang bila ada kematian kelang kabut mencari tok imam.

Itu tidaklah berapa teruk sangat, ni nak solat magrib atau ishak terpaksa bilal toleh dua tiga kali mencari sesiapa yang layak mengimamkan solat. Saya kata layak sebab kalau ada ustaz tapi fahamannya tak sehaluan tidak layak menjadi imam. Begitulah taksubnya ahli jawatanjuasa masjid yang berhaluan Umno.

Kita pun hairan apakah yang ditakutkan dengan orang orang yang berfahaman bukan Umno. Hendak tazkirah selepas magrib pun susah. Ustaz yang ditauliahkan terhad, padahal pensharah pensyarah pengajian tinggi belambak bolih menyebarkan ilmu.

Inilah Islam ada had ada hari, setakat banyak masjid yang indah belum tentu dapat menjurus kepada ketamadunan Islam yang Najib laungkan.

Friday, January 4, 2008

Allah - Lam Yalid Wa Lam Yulad.

Saya keliru kenapa kerajaan menghalang Kristian menggunakan perkataan Allah dalam penulisan mereka. Apa yang dipelajari semua agama dari langit, Islam, Kristian dan Juda mempercayai Allah adalah tuhan mereka. Perbezaan dengan Islam ialah orang Yahudi mengatakan Uzir itu anak Allah manakala Nasrani pula mempercayai Nabi Isa sebagai anak Allah dan juga mereka enggan menerima Nabi Mohamad saw. sebagai pesuruh Allah. Bagaimana pun mereka tetap mempercayai Allah.

Olih yang demikian tidak ada sebab melarang penganut Kristian dan Juda menggunakan nama Allah sebagai tuhan mereka.

Firman Allah SWT. Di dalam surah at-Taubah ayat 30 yang bermaksud:

Orang orang Yahudi berkata: “Uzir itu putra Allah”, dan orang orang Nasrani berkata: “ Al Masih itu putra Allah”. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang orang kafir yang terdahulu. Di laknati Allah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?

Untuk mengelak tulisan mereka dari mempengaruhi panganut Islam kita hanya perlu mengenakan syarat syarat tertentu kepada penulisan mereka, tidaklah sehingga menghalang mereka mengguna perkataan Allah.

Tapi yang mereka nak sibuk sibuk sekarang dengan perkataan Allah ni kenapa? Ada muslihat apa apa ke? Kan memadai pakai perkataan Tuhan?