Tuesday, July 29, 2008

Bandar Kota Baru Penuh Barokah.

Jumaat lepas saya dan isteri ke Kota Baru dan Kuala Trengganu menemani anak kerana urusannya. Kami tumpang sekaki kerana kali terakhir lawatan ke bandar dan pekan di Pantai Timur ialah 15 tahun yang lalu. Lebih kurang selama Kelantan di tadbir olih Tok Guru Nik Abdul Aziz ( TGNA ).

Terasa keheningan suasana bila tiba di jajahan TGNA. Kebetulan pula hari cuti am dan cuaca sejuk nak hujan. Tak ramai orang dalam pekan kerana kebanyakan kedai tutup belaka. Susah juga cari kedai makan hari Jumaat di Kota Baru.

Lima belas tahun dahulu tempat penginapan kegemaran saya ialah Temenggung Hotel. Di zaman tersebut satu lagi hotel yang popular ialah Perdana Hotel. Sekarang tempat tempat penginapan sudah tumbuh bak cendawan selapas hujan. Mungkin ini hasil pentadbiran yang berhemah TGNA.

Anehnya dari dahulu kala lagi pasar dan kedai kedai jualan masih di dominasi olih che mek molek belaka. Anak bertanya; orang lelaki Kelantan buat apa ayah? Mereka semua lagak sebagai CEO jawab saya berseloroh. Entahlah agaknya mungkin ke laut, ke bendang dan buat kerja kontrek. Tak macam K/L pekerja binaan semuanya orang Indon.

Amat membanggakan sekurang kurangnya ‘front row’ marketing kebanyakan bumiputra, mungkin non-bumi susah nak cari makan disana atau memadai dengan menjadi ‘big boss’ dibelakang tabir. Bagaimana cara pun memang sejuk hati pelancung Islam yang ke sana.

Anak dan isteri naik mabuk dengan kain tudung bila di bawa berkunjung ke pasar Wakaf Che Yeh. Terdapat beratus peniaga di pasar tersebut, malang semuanya menjual perkara yang sama. Kecuali yang menjual buah buahan dan gerai makanan.

Tahniah kerajaan negeri kerana menempatkan penjual kecilan ini di kawasan luar dari bandar untuk mengelak kesesakan lalulintas. Pasar tersebut akan jadi masyhor dengan jualan tudung wanita di hari hari mendatang.

Tuesday, June 3, 2008

Nafsu Lelaki Durjana.


Tertarik dengan gambar yang di paparkan di Star Online ( 3/06/08 ). Walaupun artikel tersebut berkisar tentang penerimaan budaya barat di Saudi Arabia, ia dengan secara tidak langsung membuat perbandingan mengenai pakaian wanita.

Beberapa hari yang lepas isu pakaian pelajar perempuan hangat di perkatakan olih golongan hawa. Peliknya banyak yang menyanggah akan peranan pakaian terhadap jenayah seksual olih kaum lelaki.

Sekali imbas semua pandangan lelaki tertumpu kepada pakaian yang menjolok mata, kerana itu memang fitrah semula jadi insan yang bernama lelaki. Cuma mereka yang ‘sumbang laku’ dan tidak beriman sahaja akan ‘fantasize’ dan dalam keadaan sebenar mungkin mengundang jenayah.

Mangsa tidak semestinya mereka yang ‘sofisticated’ mendedah aurat, tetapi juga kepada mereka yang bertudung litup dan yang lemah, tua atau muda. Bila nafsu durjana tiba, lubang ketam pun jadi mangsa.

Olih yang demikian hayati dan praktikan ayat ayat Allah, yang maha mengetahui hati hati lelaki. Dilarangnya muslimat mendedahkan aurat kepada yang bukan mahram.

Wallahuallam.

Saturday, May 3, 2008

Ketogeri Pemimpin Masakini

Selepas solat subuh saya ke surau As Shakirin mendengar kuliah yang disampaikan olih ustaz Ibrahim bin Md. Raja. Beliau mengupas hadis hadis Rasul s.a.w. dan pagi ini ingin saya berkongsi dengan pembaca yang budiman mengenai hadis yang bermaksud;

Akan datang pemimpin pemimpin di akhir zaman dimana mereka akan mendekatkan diri dengan orang orang jahat sehingga melewatkan waktu solat. Mereka yang bersekongkol dengan pemimpin pemimpin ini termasuklah:-

- polis yang menjadi pengawal. Dikatakan polis yang keluar diwaktu pagi akan dimurkai Allah dan pulang petang dengan dibenci Allah.

- Pemungut hasil, kerana memungut hasil untuk kantong pemimpin pemimpin,

- Penjaga khazanah kerana bersubahat dengan pemimpin pemimpin tersebut.

Olih yang demikian berwaspadalah bila memilih profesen sebagai polis, pemungut hasil dan penjaga khazanah.


Friday, March 14, 2008

Orang Politik Yang Munafik

Perkataan jujur dan ikhlas hanya dapat di lafazkan manusia, dan manusia tidak dapat mengesahkan kebenarannya, hanya Allah yang maha mengetahui. Lazimnya mereka yang menyatakan jujur dan ikhlas terhadap pemberian atau perkidmatan kepada manusia lain selalunya bermaksud disebaliknya.

Dalam politik sudah menjadi lumrah, bolihlah dikatakan kebanyakan orang orang politik adalah kaki kelintong, tetapi pada mereka ini ialah strategi. Saya berjuang demi Negara, agama dan bangsa sudah menjadi teras pidato, bertegang leher menyatakannya, mereka sedar akan kedustaannya tapi apa bolih buat kerana itulah profesen mereka.

Kita lihat saja kejadian kejadian yang berlaku seperti untuk dinobatkan sebagai Menteri Besar, kecoh satu dunia. Sukar untuk difahami jika sahabat dari parti yang sama dilantik ke jawatan tersebut, sokong sajalah apa pun matlamat untuk memperjuangkan agama, bangsa dan negara tetap akan tercapai, kerana kita daripada satu saf.

Lain pula apa yang berlaku di Perak, LKS berhak bersuara kerana bukan partinya yang diberi tanggong jawab. Tentulah beliau kuatir perjuangan partinya tidak akan kesampaian.

Shahidan Kasim memang manusia teruk, di ugutnya pula ahli yang tak menyokongnya keluar dari Umno, apa jenis pejuang ini. Inilah politik kepentingan diri, akur sajalah dengan keputusan Raja jangan menderhaka, anda bolih tak ikut arahan Presiden ( yang selalu anda buat ) kenapa pula kali ini nak ikut sangat, mentang mentang mendatangkan faedah kepada diri sendiri. Awak dah beberapa penggal jadi MB, serahkan kepada pelapis baru, bukannya awak nak menungkat langit sampai mati.

Sekarang you ada lebih masa mentadbir Bernas, jangan jadi ‘Perniagaan Ali Baba’ kelas A dah la dapat free of charge at the expense of ratusan petani petani. Insaflah dengan rezeki yang dianugerah Allah.

Cerita yang sama berlaku di Trengganu, ditakdirkan selepas krisis ini Idris Jusuh dipersetujui jadi MB, tak terfikirkah pula bagaimana nak menjalankan tugas di negeri yang Sultannya tak berkenan. Kan ini mengundang kesusahan. Kami orang BR memanglah seronok melihat apa yang berlaku, tapi kami amat malu kerana Melayu dah lupa daratan.

Betullah, kata kebanyakan, orang politik banyak yang MUNAFIK.

Thursday, February 28, 2008

Memilih Pemimpin

Sebagai muslimin kita wajib berpandukan Al Quran dan Hadith untuk memilih saorang pemimpin yang akan membawa kita ke jalan yang benar, dunia dan akhirat. Di akhirat kelak kita akan di persoal akan tindakan yang telah dibuat, ketika itu sesalan tidak berguna lagi.

Ibn Kathir, Al Qurtubi dan lain lain cendiakawan muslim menghuraikan ayat 30 surah Al Buqarah mengenai dengan ciri ciri pemimpin yang hendak di pilih:

1. saorang lelaki muslim,

2. dapat mendirikan keadilan,

3. melakukan kebaikan dan tanggung jawab untuk:

a. menghakim dengan adil perselisihan antara manusia,

b. membela mereka yang di aniaya,

c. mengguna pakai undang undang Islam,

d. menegah kerosakan dan kejahatan.

Selamat mengundi.

Tuesday, February 12, 2008

Islam Hadhari - Adakah Ia Ajaran Sesat?

Tajuk kuliah magrib semalam ialah mengenai bidaah. Secara ringkas bidaah ialah dimaksudkan dengan amalan amalan tambahan dalam Islam yang tidak di praktikan olih Nabi Mohamad s.a.w.

Bidaah di bahagikan kepada 5 kategori iaitu; wajib, sunat, makruh, harus dan haram. Bidaah dalam akidah adalah dengan otomatik ditolak dan di kategorikan sebagai haram.

Maka persoalan timbul bila isu Islam Hadhari dibicarakan. Walaupun tidak ada ‘specific ritual’ di sentuh dalam Islam Hadhari tetapi ia secara keseluruhannya berkisar mengenai konsep dan kepercayaan mengenai Islam. Olih yang demikian ia bolih di kategorikan sebagai bidaah akidah.

Olih yang demikian Islam Hadhari adalah dianggap sebagai ajaran sesat, tambahan pula ia ada 10 rukunnya tersendiri berbanding dengan 5 rukun Islam. Ini mungkin mengelirukan generasi akan datang mengenai Islam.

Maka ulama tempatan wajib bermuzakarah dengan perkara ini tanpa ada sebarang batasan supaya umat Islam mendapat pedoman yang sajelas jelasnya.

Wallahuallam.

Tuesday, February 5, 2008

Kota Baru - Bandar Islam

Pagi tadi sedang pulang ke rumah saya mengikuri sebuah Proton Perdana plate number DM 575 dan terukir tulisan ‘Majlis Perancangan Bandar Kota Baru’. Yang tarik minat saya ialah disertakan pula dengan ungkapan ‘Bandar Islam’. Maka berfikirlah saya apakah ciri ciri yang melayakkan bandar tersebut di label bandar Islam.

Hujung tahun lepas isu Malaysia sebagai negara Islam menjadi riuh rendah, hingga sekarang tiada keputusan muktamad yang di capai, pemerintah tidak menyatakan dengan serius pendiriannya, sekadar hanya mendapat pandangan dari beberapa pihak sahaja. Isu tersebut dilupakan, mungkin dalam PRU kali ini akan timbul kembali polimik ini. Kebanyakan rakyat tidak mengambil kisah sangat kerana ia tidak memberi apa apa kesan didunia ini kecuali pada mereka yang beriman sahaja.

Apa pun alasannya, rancangan Majlis Kota Baru untuk mengwujudkan bandar Islam haruslah diberi sokongan padu kerana itu adalah tuntutan kita sebagai pentadbir orang Islam. Siapa lagi yang akan menyemarakan Islam dari berbagai sudut kalau bukan orang Islam sendiri. Islam sebagai cara hidup manusia sejagat mencakupi semua penganut, tidak ada sebab untuk memberi alasan kononnya tidak sesuai dengan penduduk majmuk.

Kita berharap perjuangan ini dapat diteruskan hingga hari kiamat walaupun pentadbir Islam Hadhari yang mengambil alih.