Friday, March 30, 2007

Histeria - 'Why Me'

Cerita pelajar diasrama sekolah diserang histeria ialah cerita lama yang masih samar samar kita mengetahui penyebabnya.Walaupun 4 orang anak menetap diasrama dari tingkatan 1 sampai tingkatan 5, belum pernah saya melihat senario histeria ini.

Satu persoalan yang saya susah nak jawab ialah kenapa perkara ini terjadi kepada pelajar melayu saja? Pelajar bukan melayu yang beragama Islam juga terlepas dari serangan. Kalau ustaz mungkin mereka akan jawab bahawa orang Islam ( beriman atau pun tidak ) ada banyak dugaan dari Allah. Alasan ini memang benar tapi tidak menghuraikan sebab musabab. Mungkin berbagai bagai jawapan ada pada pakar sakit jiwa!!!

Wednesday, March 28, 2007

Tadahan Hujan

Cadangan yang dicetuskan olih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewajibkan perumahan yang baru dilengkapi peralatan tadahan air hujan adalah baik. Ia dapat mengurangkan pembaziran air yang telah dirawat dan untuk kegunaan am bolihlah gunakan air hujan. Wujudlah peluang perniagaan yang baru, dan nanti berlumba lumbalah ‘gatget’ yang terkini diciptakan. Rakyat kenalah siapkan ‘budget’ untuk tujuan tersebut. Dulu rumah dikampung memang disediakan guri atau tempayan. Lazimnya berdekatan tangga, kita gunakan untuk membasuh kaki sebelum naik kerumah. Kekadang air itu juga digunakan untuk menakung ikan puyu, ikan keli dan haruan selepas tangkapan.Ini ialah untuk menghilangkan hanyir ikan tersebut sebelum dimasak. Saya ingat air hujan masa tu kita bolih minum, tak ada masalah, sekarang entahlah segala macam mak nenek ada diudara tak beranilah pula.

Tapi air yang kata ada rawatan sekarang ni pun kita tak tergamak nak minum, terpaksa juga pasang beraneka ‘filter’. Lebih canggih lagi, kita bolih tadah dengan botoi 5 litre depan kedai runcit, bayarlah 20 sen. Selagi pihak SHABAS atau PUAS tak bersihkan air sebersih bersihnya apa lagi kegunaannya selain daripada guna dalam tandas, siram bunga dan basuh kereta jawabnya.

Saturday, March 24, 2007

Sambutan Hari Polis ( Trust Us )

Sempena sambutan Hari Polis pada 25hb. Mac 07 iaitu besok hari, Inspector General of Police ( IGP ) membuat rayuan agar rakyat memberi kepercayaan kepada pihak polis ( Trust us ) dan menjanjikan bahawa pihak polis akan sentiasa bersama rakyat. Walaubagaimana pun tindak tanduk yang diberikan olih polis masakini, rayuan tersebut saolah olah menjadi ‘uphill battle’. Sejarah memang menunjukan bahawa sebagai Jabatan Pengawas Keselamatan, mereka telah dilabelkan sebagai perasuah, zalim dan angkuh dimasa menjalankan tugas.

Saya terkenang masa disekolah rendah pada musim cuti, selalu saya mengikuti ayah berniaga di pekan sari. Kerana muatan yang berlebihan kami terpaksa awal pagi keluar dari rumah untuk mengelak dari sekatan polis. Pada satu hari saya masih ingat kami keluar pukul 4 pagi tapi nasib tidak menyebelahi kami polis keluar lagi awal.

Polis : awal pagi ni encik?

Ayah: datok lagi awal !

Polis: encik jual apa?

Ayah: pinggan mangkuk datok.( saya baru saja nak sambung tidur dibelakang )

Polis: ini salah ni, encik tak ada permit, bawa banyak banyak.

Ayah: cari makan datok.

Polis: kami pun cari makan.( 2 orang dari mereka pereksa dibelakang van ).

Ayah: awai lagi datok, duit kemarin semua dah beli barang.

Polis: berapa ada?

Ayah pun menyeluk saku dan berkata: ada lima puluh sen datok!

Polis: o.k bawa mai.

Begitulah dialog polis dengan ayah, 50 sen pun dia sapu ( 50 sen tahun 50 an besar juga ).

Nak menunjukan bahawa penyakit ni dah lama dah. Sekarang ‘it’s a rule of thumb’ kalau jadi polis tak sah tak terlibat, sebab dah jadi darah daging mereka. Yang tak terlibat ada, tapi polis pencenlah.

Sakarang saya menetap di Taman Koperasi Polis ( tapi saya bukan polis! ), berjamaah sama sama polis pencen.Dah tobat dah haji!, berseloroh salah saorang dari mereka.

Nasib mereka memang baik sebab sempat bertobat! Dan kehidupan mereka baik baik, anak anak lulusan universiti. Sapa kata duit tu tak berkat!! Wallah wuallam.

Saturday, March 17, 2007

Tajri Min Tahtihan Anhar

Masjid Tanjung Bunga, Pulau Pinang sangat cantik lokasinya cuma risau kalau kalau sunami datang kelang kabut jemaahnya bertempiaran.

Bangunan yang indah indah lazimnya dikelilingi olih air. Lihat saja Taj Mahal, Lincoln Memorial di Washington , masjid Putrajaya , masjid Brunei Darussalam semuanya dihiasi dengan air, sama ada kolam, tasik atau lautan.

Orang kaya kaya pun bila buat rumah mesti ada kolam renang, cuma orang miskin hanya mengharap air dibilik mandi sahaja. Pendek kata air itu memang memberi kecantikan dan ketenangan pada yang melihat.

Allah maha mengetahui akan makluknya, sebab itu Ia menjanjikan shorga dimana dibawahnya mengalir anak anak sungai, sebagai ganjaran pada mereka yang beriman dan yang menunaikan amalan amalan yang soleh.