Wednesday, March 28, 2007

Tadahan Hujan

Cadangan yang dicetuskan olih Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewajibkan perumahan yang baru dilengkapi peralatan tadahan air hujan adalah baik. Ia dapat mengurangkan pembaziran air yang telah dirawat dan untuk kegunaan am bolihlah gunakan air hujan. Wujudlah peluang perniagaan yang baru, dan nanti berlumba lumbalah ‘gatget’ yang terkini diciptakan. Rakyat kenalah siapkan ‘budget’ untuk tujuan tersebut. Dulu rumah dikampung memang disediakan guri atau tempayan. Lazimnya berdekatan tangga, kita gunakan untuk membasuh kaki sebelum naik kerumah. Kekadang air itu juga digunakan untuk menakung ikan puyu, ikan keli dan haruan selepas tangkapan.Ini ialah untuk menghilangkan hanyir ikan tersebut sebelum dimasak. Saya ingat air hujan masa tu kita bolih minum, tak ada masalah, sekarang entahlah segala macam mak nenek ada diudara tak beranilah pula.

Tapi air yang kata ada rawatan sekarang ni pun kita tak tergamak nak minum, terpaksa juga pasang beraneka ‘filter’. Lebih canggih lagi, kita bolih tadah dengan botoi 5 litre depan kedai runcit, bayarlah 20 sen. Selagi pihak SHABAS atau PUAS tak bersihkan air sebersih bersihnya apa lagi kegunaannya selain daripada guna dalam tandas, siram bunga dan basuh kereta jawabnya.

No comments: