Saturday, March 24, 2007

Sambutan Hari Polis ( Trust Us )

Sempena sambutan Hari Polis pada 25hb. Mac 07 iaitu besok hari, Inspector General of Police ( IGP ) membuat rayuan agar rakyat memberi kepercayaan kepada pihak polis ( Trust us ) dan menjanjikan bahawa pihak polis akan sentiasa bersama rakyat. Walaubagaimana pun tindak tanduk yang diberikan olih polis masakini, rayuan tersebut saolah olah menjadi ‘uphill battle’. Sejarah memang menunjukan bahawa sebagai Jabatan Pengawas Keselamatan, mereka telah dilabelkan sebagai perasuah, zalim dan angkuh dimasa menjalankan tugas.

Saya terkenang masa disekolah rendah pada musim cuti, selalu saya mengikuti ayah berniaga di pekan sari. Kerana muatan yang berlebihan kami terpaksa awal pagi keluar dari rumah untuk mengelak dari sekatan polis. Pada satu hari saya masih ingat kami keluar pukul 4 pagi tapi nasib tidak menyebelahi kami polis keluar lagi awal.

Polis : awal pagi ni encik?

Ayah: datok lagi awal !

Polis: encik jual apa?

Ayah: pinggan mangkuk datok.( saya baru saja nak sambung tidur dibelakang )

Polis: ini salah ni, encik tak ada permit, bawa banyak banyak.

Ayah: cari makan datok.

Polis: kami pun cari makan.( 2 orang dari mereka pereksa dibelakang van ).

Ayah: awai lagi datok, duit kemarin semua dah beli barang.

Polis: berapa ada?

Ayah pun menyeluk saku dan berkata: ada lima puluh sen datok!

Polis: o.k bawa mai.

Begitulah dialog polis dengan ayah, 50 sen pun dia sapu ( 50 sen tahun 50 an besar juga ).

Nak menunjukan bahawa penyakit ni dah lama dah. Sekarang ‘it’s a rule of thumb’ kalau jadi polis tak sah tak terlibat, sebab dah jadi darah daging mereka. Yang tak terlibat ada, tapi polis pencenlah.

Sakarang saya menetap di Taman Koperasi Polis ( tapi saya bukan polis! ), berjamaah sama sama polis pencen.Dah tobat dah haji!, berseloroh salah saorang dari mereka.

Nasib mereka memang baik sebab sempat bertobat! Dan kehidupan mereka baik baik, anak anak lulusan universiti. Sapa kata duit tu tak berkat!! Wallah wuallam.

1 comment:

Anonymous said...

Salam,

Syabas, tulisan yang santai tapi menghiris. Kalau siapa yang makan cili tentu terasa pedasnya.

Jam 10 pagi tadi terima sms dari isteri, ibu mentua yang tinggal di Changkat Jering, Taiping di rangut ketika menyampu di depan rumahnya. Pintu gate dah di kunci tetapi penyamun tu panjat pagar. Pak Mentua, juga seorang anggota Polis pencen, ke kebun pisang agak beberapa kilometer dari rumah. Pisang yang ditanam hasil nya tak seberapa tapi rantai yang di ragut mungkin RM 2,000 kok harga.

So bergitulah apabila masyarakat dah tak kisah halal dan haram, dosa dan pahala. Hidup dah tak aman lagi walaupun anggota keselamatan beratus ribu orang ramainya.

Wassalam

Please give you email address,address you gave yesterday bounced. Ab Rahim Abdul Hamid