Kota Sarang Semut, Kedah ialah tempat kelahiran. Masuk darjah satu pada tahun 1955 di sekolah Simpang Empat Kangkung. Walaupun hanya 5 km tapi terasa amat jauh pada masa itu dan tiap hari dibekalkan nasi dengan ikan goreng (ikut harilah: tamban kiat, puyu, sepat siam, keli atau haruan) dibungkus daun pisang. Minyak ikan goreng itulah yang dijadikan kuahnya. Waktu rehat kami bergegas kebelakang bangunan untuk menjamah bekalan yang dibawa masing masing dan saya masih ingat berkongsi lauk dengan kawan karib yang kebetulan mengenakan songkok dalam uniform hariannya. Pada zaman itu sesiapa yang pakai songkok kira tak ‘standard’. Tapi anehnya kalau tak bersongkok, tak sembahyang jumaatlah jawabnya. Dah menjadi wajib bila sembahyang jumaat. Ketayap pula kononnya dikhaskan kepada pak haji dan pak lebai saja. Sungguh kurang ilmu ketika itu.
Sekarang ketayap ni dah jadi trend, Bangla, India dan mamak India restoran pun dah menyenaraikan ketayap dalam uniform mereka. Susah juga nak bezakan yang Islam dengan yang bukan Islam. Kalau bagi salam dia hanya pamerkan gigi putih saja, sohih dia bukan Islam.
Lain pula dengan orang UMNO, depa ni phobia dengan ketayap, takut sangat dipanggil ustaz atau dituduh ada hubungan dengan PAS. Apa ke jadahnya!!
Mereka sanggup pakai songkok stail Bung Karno, lebih tinggi songkok lebih tinggi hairakinya dalam UMNO.
Orang bertanyakan saya dari mana asalnya budaya memakai songkok. Olih kerana aruah abah berasal dari Padang Sumatra dan banyak sahabat sahabatnya yang saya kenali profession mereka ialah membuat songkok maka saya pasti ia berasal dari sana. Masa belum bersekolah saya rajin mengekori abah ke Pekan Rabu di Alor Star, aktiviti yang saya gemari ialah melihat mereka membuat songkok. Sekarang tinggal generasi ketiga yang mewarisi seni ini, pertuturan dalam bahasa Padang dah hilang, hanya setakat faham sahaja.
Dulu ingatkan orang Islam sahaja yang bersongkok, sekarang bukan Islam pun dipaksarela pakai songkok, graduan India, Cina dan Tiongkok pun pakai songkok. Lihat saja bila ada majlis resmi, Samy Velu dan Keng Yik pun pakai songkok. Olih yang demikian saya rasa untuk membezakan Islam dan bukan Islam elok juga yang Islam dikenakan pakai ketayap. Lagi pun mati esok dikapankan dengan ketayap bukan dengan songkok.Apa macam?
No comments:
Post a Comment