Thursday, April 26, 2007

REDHOKAH MEMILIH ORANG BUKAN MUKMIN?

Saya tertarik dengan komen Dato Anuar Musa yang menyatakan bahawa orang mukmin yang beriman tidak menyalahi ajaran Islam jika memilih calon bukan Islam sebagai pemimpin mereka, dipilihan raya kecil Ijuk. Kerana pemimpin yang hendak dipilih adalah mewakili pemimpin tertinggi yang kebetulan saorang mukmin.Ia berkata semasa berita tv3 jam 8:00 malam pada 25hb.April 2007 untuk menolak tohmahan melarang mukmin memilih bukan muslim. Mungkin beliau berpandukan ayat Al Quran (Surah ali- Imran 3:28) yang bermaksud;

Janganlah orang orang mukmin mengambil orang orang kafir menjadi wali ( teman rapat atau pemimpin ) dengan meninggalkan orang orang mukmin.Dan sesiapa yang melakukan demikian, maka tidak ada baginya sesuatupun (perlindungan) dari Allah. Kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jua tempat kembali.

Maksud ayat ini ialah khusus bagi orang bukan muslim yang menentang Islam, dalam bahasa Al Quran ialah menentang Allah dan RasulNya.

Dr.Yusuf Al Qardhawi dalam bukunya Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, memberi pandangan bahawa: menjadi wakil daripada sebahgian rakyat tidak dianggap termasuk dalam Bab Imarah ataupun Wilayah yang dicela. Wakil rakyat bukannya Pemerintah, Menteri atau Governor, tetapi tugasnya menilai Pemerintah dan dia tidak menguruskan apa apa perkara yang perlu untuk dinilaikan.

Dalam Surah al-Mumtahanah 60:8 , Allah berkata:

Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang yang berlaku adil.

Dalam hal ini memilih mereka menduduki Dewan Undangan Negeri dianggap adil kerana dengan demikian mereka tidak akan rasa terasing sebagai rakyat Malaysia.

Wallahuallam.

Monday, April 23, 2007

BAYI - KE SURGA ATAU KE NERAKA?

Orang Islam mempercayai bahawa fitrah manusia dilahirkan bersih seperti kain putih, ibu bapa dan alam sekeliling yang mencoraknya, sama ada dibesarkan sebagai orang yang beriman atau pun sebaliknya. Pandangan Islam orang yang belum mukallaf ( bayi dan yang belum baligh ) bila mati, mereka akan di tempatkan ke surga.

Berbanding dengan kepercayaan Cristian, mereka masih lagi berbalah tentang perkara ini. Mengikut artikel di Sunday Star bertarikh 22 hb April 2007 yang bertajuk “Pope revises limbo belief”, pihak Vatican dan gereja menyatakan risalah mereka tidak memperincikan dengan nyata. Menurut kepercayaan, bayi dilahirkan dengan dosa, olih itu mereka hendaklah di baptis untuk menghapuskan dosa tersebut, sebelum mereka di bolihkan ke surga. Jika mati sebelum di baptis, mereka tidak ada hak ke surga, tempat mereka ialah di awang awangan, surga bukan neraka pun bukan ( limbo ).

Bagaimanapun ahli Theologians berpandangan baptis itu cuma pra syarat untuk menganut Cristian.

Begitulah agama yang ditentukan olih manusia bukannya dari Allah Taala.

Wednesday, April 18, 2007

Masjid Tidak Mesra Pelanggan

Saya amat berminat dengan artikel artikel dakwah Islam yang dipaparkan olih Dr.Mohd. Asri, mufti Kerajaan Negeri Perlis Indra Kayangan, dalam kolum agama di Utusan Malaysia. Walaupun pandangan pandangannya cukup kontroversial, menungkah arus fahaman yang telah lama diterima pakai, tapi ia dapat mencetuskan percambahan pemikiran kita tentang apa yang dibincangkan, jika kebenaran yang hendak kita cari.

Sebagai contoh artikel pada 8/04/07 bertajuk ‘Masjid kita kaku tidak mesra pelanggan’. Acapkali imam menyeru jemaah memakmurkan masjid, tapi ia cuma menjadi seruan sahaja, tidak ada follow up. Kebanyakan contented dengan program program tahunan yang telah dijadualkan. Yang mendengar ceramah selepas sembahyang magrib adalah orang yang sama, itu pun semacam terpaksa saja. Olih itu harus diwujudkan percambahan minda makmum dengan mengundang penceramah yang membahaskan isu isu yang akan menaikkan minat mereka yang bukan pelanggan tetap masjid/surau.

Jawatankuasa masjid hendaklah proactive bukan sekadar mengurus aktiviti harian masjid tapi juga perancangan masa panjang untuk memakmurkan masjid. Untuk tujuan tersebut ahli jawatankuasa harus diberi suasana yang condusive, tidak bekerja dalam kaadaan yang constrain baik dari segi sikap, masa, kewangan, dan budget.

Dr Mohd Asri turut menyentuh sikap ahli masjid yang tidak mesra terhadap kanak kanak dan remaja.Beliau memberi contoh bagaimana Nabi Mohamad saw memberi layanan yang saksama terhadap Ibn.Abbas ketika masih kanak kanak.Begitu juga dengan cucu baginda, Rasullallah tidak memarahi bila diganggu ketika bersolat.

Saya berpendapat bahawa tidaklah berapa adil dibandingkan suasana kanak kanak dimasa kini dengan kanak kanak dizaman Rasullallah saw. Dizaman Rasullallah saw kanak kanak yang berumur 7 tahun dah bolih menghafal Al quran, mereka memang diasuh dari awal awal lagi untuk kemasjid, dengan lain perkataan akhlak, kebersihan dan ibadah mereka adalah baik. Bandingkan dengan kanak kanak zaman sekarang. Mungkin itulah sebabnya peraturan dibuat khusus untuk mereka. Siapa yang berani menegur mereka, silap silap kena tempelak dari penjaganya. Budak budak dulu beri syarat dengan mata dah faham, sekarang jeghe terbeliak mata pun dia buat tak tahu. Terdapat juga kanak kanak yang turut berpakaian macam ustaz ( anak penceramah ) dan pihak jemaah tak ada masalah dengan mereka.

Pihak masjid sekadar memberi keselesaan kepada makmum yang sangat susah nak khushuk bila solat.Banyak sangat perkara perkara yang mengganggu, ditambah pula dengan ketawa budak budak bermain dibelakang, tagisan bayi ( 2 ke 5 tahun ) yang dibawa bersama kemasjid, memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Agaknya itulah alasan kenapa diwujudkan peraturan seperti yang dinyatakan olih Dr Mohd.Asri.

Tuesday, April 3, 2007

NAZAR MAT JENIN

Ingin saya rakamkan cerita dongeng sebagai ibarat tentang ‘bernazar’, iaitu satu perjanjian dengan Allah Taala apabila permohonan kita dimakbulkan. Kerana pertama kali mendengar, tergerak hati saya nak berkongsi ceritanya.

Ia berkisar dengan Mat Jenin, watak yang tidak asing lagi kepada orang orang Melayu.

Profession Pak Mat Jenin ialah mengambil upah menurunkan buah kelapa. Pekerjaan ini penting sehingga sekarang, kerana sains belum lagi menemui mesin atau peralatan yang canggih untuk memungut buah kelapa, terutama yang muda.Teknologi pemerosesan buah kelapa, mengopek, memerah santan, dan pembungkusan santan memang dah “up-todate”. Kepakaran Mat Jenin terpaksa dilanjutkan.

Alkisah,( beberapa hari sebelum bencana Tsunami berlaku ), Pak Mat dianugerah kontrek memetik buah kelapa ( lebih kurang serelong ) dikawasan pesisiran pantai. Setelah sejam berlalu dan sedang pula berada dipuncak pokok yang ketujuh, angin kencang melanda kawasan kebun tersebut. Pak Mat baru saja nak mula kisah angan angannya yang memang popular dikalangan orang orang melayu, instead dia bermunajat kepada Allah:

Dengan berpeluk erat kepelepah kelapa, ia memohon kepada Yang Maha Esa, “Ya Allah ya Tuhanku, selamatkan lah diriku ini daripada jatuh ketanah, aku berjanji akan korbankan seekor lembu yang berwarna putih kuning bila aku selamat “sambil dengan berhati hati menuruni pokok tersebut.

Satelah seperempat pokok dituruni, dia mula berfikir, “nilai kontrek mana cukup nak beli lembu?”. Harga lembu sekarang RM 2500, kalau di Gombak mau sampai RM 2800. Maka dia pun bermunajat semula, “Ya Allah, chup ( loghat Kedah ) aku nak tukar dengan seekor kambing”.

Bila sampai dipertengahan pokok dilihatnya dia masih lagi selamat dan diketika itu Iblis mula ajak ‘JV’ dengan beliau. Kambing sekarang ni paling murah ialah RM 350 memang dah cukup tapi duit nak buat kenduri lagi? dengan upah yang akan dia dapat paling busuk kalau habis kontrek baru RM 500.Maka bertukar lagilah nazar beliau dengan seekor ayam.Dah memang Pak Mat ni mana dia tau hukum hakam agama, ayam mana bolih jadi korban, pakai ikut sedap dia saja.

Sekarang Pak Mat dah sampai kebawah dan rasa dah selamat, dan tak perlukan pertolongan Allah lagi, lalu diubah nazarnya ke telur ayam saja.

Bila kakinya hampir mencecah ketanah dia pun relax dan melepaskan tangannya dari pelukkan pohon kelapa, lalu jatuh ketanah. Dengan marah dia pun bangun lalu berkata, “sebab aku jatuh, cancel nazar aku”.

Begitulah nazar Mat Jenin, kata ustaz "take home message":

  1. Bila bernazar jangan ikut hati, ikutlah kemampuan.
  2. Nazar wajib ditunaikan.
  3. Kalau Allah tak tolong didunia mungkin diakhirat.

Wallahualam.

Sunday, April 1, 2007

Memperingati Sudirman

Rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan saya terhadap persoalan:

‘cukupkah anjur konsert untuk memperingati Sudirman?’

Sebagai muslimin kaedah yang kita praktikan ialah dengan membaca tahlil dan bersedekah Al- Fatihah kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Itulah yang paling afdal terbuat olih kita yang masih bernyawa, kepada aruah aruah yang mendahului kita. Saya pasti penganjur memang arif dan telah menjadikan ia sebagai agenda yang utama dalam program mereka. Tapi persoalan yang ditimbulkan ialah sama ada kegiatan menerusi konsert untuk memperingati Sudirman sudah cukup mantap untuk kita yang masih hidup ini mengenangi aruah.

Bidang nyanyian ini ialah pekerjaan yang dibolihkan olih Islam, bagaimanapun niat nyanyian dan mereka yang mendengarnya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam mencegah perbuatan yang melalaikan umatnya daripada membuat kabajikan kepada Allah Taala. Disinilah terletak kesamaran hukum.Mengikut Dr Al Qaradawi dalam bukunya yang berjudul “The Lawful and The Prohibited in Islam” ada beberapa halangan dalam nyanyian;

1. tema lagu tidak bercanggah dengan ajaran Islam,

2. penyampaian lagu tidak menyiorkan,

3. jangan membuang masa dalam aktiviti nyanyian,

4. nyanyian tidak akan menyebabkan kemungkaran,

5. jangan menyanyi dimajlis yang ditegah olih Islam.

Olih yang demikian saya berpandangan janganlah diungkit ungkit lagi pekerjaan aruah agar rohnya akan mendapat ketenteraman. Wallahhualam.