Saya amat berminat dengan artikel artikel dakwah Islam yang dipaparkan olih Dr.Mohd. Asri, mufti Kerajaan Negeri Perlis Indra Kayangan, dalam kolum agama di Utusan Malaysia. Walaupun pandangan pandangannya cukup kontroversial, menungkah arus fahaman yang telah lama diterima pakai, tapi ia dapat mencetuskan percambahan pemikiran kita tentang apa yang dibincangkan, jika kebenaran yang hendak kita cari.
Sebagai contoh artikel pada 8/04/07 bertajuk ‘Masjid kita kaku tidak mesra pelanggan’. Acapkali imam menyeru jemaah memakmurkan masjid, tapi ia cuma menjadi seruan sahaja, tidak ada follow up. Kebanyakan contented dengan program program tahunan yang telah dijadualkan. Yang mendengar ceramah selepas sembahyang magrib adalah orang yang sama, itu pun semacam terpaksa saja. Olih itu harus diwujudkan percambahan minda makmum dengan mengundang penceramah yang membahaskan isu isu yang akan menaikkan minat mereka yang bukan pelanggan tetap masjid/surau.
Jawatankuasa masjid hendaklah proactive bukan sekadar mengurus aktiviti harian masjid tapi juga perancangan masa panjang untuk memakmurkan masjid. Untuk tujuan tersebut ahli jawatankuasa harus diberi suasana yang condusive, tidak bekerja dalam kaadaan yang constrain baik dari segi sikap, masa, kewangan, dan budget.
Dr Mohd Asri turut menyentuh sikap ahli masjid yang tidak mesra terhadap kanak kanak dan remaja.Beliau memberi contoh bagaimana Nabi Mohamad saw memberi layanan yang saksama terhadap Ibn.Abbas ketika masih kanak kanak.Begitu juga dengan cucu baginda, Rasullallah tidak memarahi bila diganggu ketika bersolat.
Saya berpendapat bahawa tidaklah berapa adil dibandingkan suasana kanak kanak dimasa kini dengan kanak kanak dizaman Rasullallah saw. Dizaman Rasullallah saw kanak kanak yang berumur 7 tahun dah bolih menghafal Al quran, mereka memang diasuh dari awal awal lagi untuk kemasjid, dengan lain perkataan akhlak, kebersihan dan ibadah mereka adalah baik. Bandingkan dengan kanak kanak zaman sekarang. Mungkin itulah sebabnya peraturan dibuat khusus untuk mereka. Siapa yang berani menegur mereka, silap silap kena tempelak dari penjaganya. Budak budak dulu beri syarat dengan mata dah faham, sekarang jeghe terbeliak mata pun dia buat tak tahu. Terdapat juga kanak kanak yang turut berpakaian macam ustaz ( anak penceramah ) dan pihak jemaah tak ada masalah dengan mereka.
Pihak masjid sekadar memberi keselesaan kepada makmum yang sangat susah nak khushuk bila solat.Banyak sangat perkara perkara yang mengganggu, ditambah pula dengan ketawa budak budak bermain dibelakang, tagisan bayi ( 2 ke 5 tahun ) yang dibawa bersama kemasjid, memang memerlukan kesabaran yang tinggi.Agaknya itulah alasan kenapa diwujudkan peraturan seperti yang dinyatakan olih Dr Mohd.Asri.
No comments:
Post a Comment