Ingin saya rakamkan cerita dongeng sebagai ibarat tentang ‘bernazar’, iaitu satu perjanjian dengan Allah Taala apabila permohonan kita dimakbulkan. Kerana pertama kali mendengar, tergerak hati saya nak berkongsi ceritanya.
Ia berkisar dengan Mat Jenin, watak yang tidak asing lagi kepada orang orang Melayu.
Profession Pak Mat Jenin ialah mengambil upah menurunkan buah kelapa. Pekerjaan ini penting sehingga sekarang, kerana sains belum lagi menemui mesin atau peralatan yang canggih untuk memungut buah kelapa, terutama yang muda.Teknologi pemerosesan buah kelapa, mengopek, memerah santan, dan pembungkusan santan memang dah “up-todate”. Kepakaran Mat Jenin terpaksa dilanjutkan.
Alkisah,( beberapa hari sebelum bencana Tsunami berlaku ), Pak Mat dianugerah kontrek memetik buah kelapa ( lebih kurang serelong ) dikawasan pesisiran pantai. Setelah sejam berlalu dan sedang pula berada dipuncak pokok yang ketujuh, angin kencang melanda kawasan kebun tersebut. Pak Mat baru saja nak mula kisah angan angannya yang memang popular dikalangan orang orang melayu, instead dia bermunajat kepada Allah:
Dengan berpeluk erat kepelepah kelapa, ia memohon kepada Yang Maha Esa, “Ya Allah ya Tuhanku, selamatkan lah diriku ini daripada jatuh ketanah, aku berjanji akan korbankan seekor lembu yang berwarna putih kuning bila aku selamat “sambil dengan berhati hati menuruni pokok tersebut.
Satelah seperempat pokok dituruni, dia mula berfikir, “nilai kontrek mana cukup nak beli lembu?”. Harga lembu sekarang RM 2500, kalau di Gombak mau sampai RM 2800. Maka dia pun bermunajat semula, “Ya Allah, chup ( loghat Kedah ) aku nak tukar dengan seekor kambing”.
Bila sampai dipertengahan pokok dilihatnya dia masih lagi selamat dan diketika itu Iblis mula ajak ‘JV’ dengan beliau. Kambing sekarang ni paling murah ialah RM 350 memang dah cukup tapi duit nak buat kenduri lagi? dengan upah yang akan dia dapat paling busuk kalau habis kontrek baru RM 500.Maka bertukar lagilah nazar beliau dengan seekor ayam.Dah memang Pak Mat ni mana dia tau hukum hakam agama, ayam mana bolih jadi korban, pakai ikut sedap dia saja.
Sekarang Pak Mat dah sampai kebawah dan rasa dah selamat, dan tak perlukan pertolongan Allah lagi, lalu diubah nazarnya ke telur ayam saja.
Bila kakinya hampir mencecah ketanah dia pun relax dan melepaskan tangannya dari pelukkan pohon kelapa, lalu jatuh ketanah. Dengan marah dia pun bangun lalu berkata, “sebab aku jatuh, cancel nazar aku”.
Begitulah nazar Mat Jenin, kata ustaz "take home message":
- Bila bernazar jangan ikut hati, ikutlah kemampuan.
- Nazar wajib ditunaikan.
- Kalau Allah tak tolong didunia mungkin diakhirat.
Wallahualam.
No comments:
Post a Comment