Sunday, April 1, 2007

Memperingati Sudirman

Rasa terpanggil untuk menyatakan pandangan saya terhadap persoalan:

‘cukupkah anjur konsert untuk memperingati Sudirman?’

Sebagai muslimin kaedah yang kita praktikan ialah dengan membaca tahlil dan bersedekah Al- Fatihah kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah. Itulah yang paling afdal terbuat olih kita yang masih bernyawa, kepada aruah aruah yang mendahului kita. Saya pasti penganjur memang arif dan telah menjadikan ia sebagai agenda yang utama dalam program mereka. Tapi persoalan yang ditimbulkan ialah sama ada kegiatan menerusi konsert untuk memperingati Sudirman sudah cukup mantap untuk kita yang masih hidup ini mengenangi aruah.

Bidang nyanyian ini ialah pekerjaan yang dibolihkan olih Islam, bagaimanapun niat nyanyian dan mereka yang mendengarnya tidak bercanggah dengan syariat Islam. Islam mencegah perbuatan yang melalaikan umatnya daripada membuat kabajikan kepada Allah Taala. Disinilah terletak kesamaran hukum.Mengikut Dr Al Qaradawi dalam bukunya yang berjudul “The Lawful and The Prohibited in Islam” ada beberapa halangan dalam nyanyian;

1. tema lagu tidak bercanggah dengan ajaran Islam,

2. penyampaian lagu tidak menyiorkan,

3. jangan membuang masa dalam aktiviti nyanyian,

4. nyanyian tidak akan menyebabkan kemungkaran,

5. jangan menyanyi dimajlis yang ditegah olih Islam.

Olih yang demikian saya berpandangan janganlah diungkit ungkit lagi pekerjaan aruah agar rohnya akan mendapat ketenteraman. Wallahhualam.

No comments: