Thursday, April 26, 2007

REDHOKAH MEMILIH ORANG BUKAN MUKMIN?

Saya tertarik dengan komen Dato Anuar Musa yang menyatakan bahawa orang mukmin yang beriman tidak menyalahi ajaran Islam jika memilih calon bukan Islam sebagai pemimpin mereka, dipilihan raya kecil Ijuk. Kerana pemimpin yang hendak dipilih adalah mewakili pemimpin tertinggi yang kebetulan saorang mukmin.Ia berkata semasa berita tv3 jam 8:00 malam pada 25hb.April 2007 untuk menolak tohmahan melarang mukmin memilih bukan muslim. Mungkin beliau berpandukan ayat Al Quran (Surah ali- Imran 3:28) yang bermaksud;

Janganlah orang orang mukmin mengambil orang orang kafir menjadi wali ( teman rapat atau pemimpin ) dengan meninggalkan orang orang mukmin.Dan sesiapa yang melakukan demikian, maka tidak ada baginya sesuatupun (perlindungan) dari Allah. Kecuali kamu hendak menjaga diri dari sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (orang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jua tempat kembali.

Maksud ayat ini ialah khusus bagi orang bukan muslim yang menentang Islam, dalam bahasa Al Quran ialah menentang Allah dan RasulNya.

Dr.Yusuf Al Qardhawi dalam bukunya Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, memberi pandangan bahawa: menjadi wakil daripada sebahgian rakyat tidak dianggap termasuk dalam Bab Imarah ataupun Wilayah yang dicela. Wakil rakyat bukannya Pemerintah, Menteri atau Governor, tetapi tugasnya menilai Pemerintah dan dia tidak menguruskan apa apa perkara yang perlu untuk dinilaikan.

Dalam Surah al-Mumtahanah 60:8 , Allah berkata:

Allah tidak menegah kamu dari berbuat baik dan berlaku adil kepada mereka yang tidak memerangi kamu dan mengusir kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang orang yang berlaku adil.

Dalam hal ini memilih mereka menduduki Dewan Undangan Negeri dianggap adil kerana dengan demikian mereka tidak akan rasa terasing sebagai rakyat Malaysia.

Wallahuallam.

No comments: