Wednesday, May 23, 2007

Multi Layered Management System - Haram, Halal atau Halam

Beberapa bulan lalu ramai pelabur pelabur Multi Layered Management System(MLM) rasa tidak puas hati sebab fatwa yang mengatakan MLM itu hukumnya haram lambat diumumkan. Setengahnya tidak mengindahkan langsung dan meneruskan pelaburan mereka. Golongan ini berbangga dengan aktiviti ini kerana tidak ada apa apa tindakan bolih dibuat terhadap mereka.

Kita harus memahami mereka yang berwajib yang mengeluarkan fatwa ini sangat terperinci membuat keputusan. Kerana perkara yang haram dan halal adalah sangat jelas, masalahnya ialah perkara perkara yang berada diantara keduanya. Sebagai orang yang beriman perkara perkara yang waswas eloklah dianggap saja dilarang. Kerana yang menerima balasan kelak ialah kita, bukannya mereka yang mengeluarkan fatwa.

Sebagai contoh tahun lepas jiran saya ada mengenalkan kepada Uptrend Management, syarikat yang saya klasifikasikan sebagai MLM. Sempat saya mengikuti ceramahnya dan terpesona, lalu saya daftar jadi ahli dan melabur RM 300.

Dengan menjadi ahli saya diberikan produk syarikat yang merupakan kopi (3 dalam 1) yang dapat merangsang sek, bernilai RM 90. Untuk menikmati faedah seterusnya saya disyaratkan mengenalpasti 2 lagi peserta menyertai rangkaian ini. Upline saya telah kenalpasti saorang peserta dan diperlukan saya recruit saorang lagi, untuk mendapatkan faedah RM 150. Saya pun terfikir, faedah yang akan diterima hanya hasil dari pelaburan peserta seterusnya, bukanlah dari hasil jualan produk. Dan produk pula ialah benda benda mengenai seks yang harganya tak masuk akal. Saya tinggalkan pertubuhan tersebut dan pelaburan yang dibuat saya kira hangus. Tak payah nak tunggu fatwa, ikut saja naluri hati, kerana seperti sabda Rasul s.a.w yang haram dan halal adalah jelas cuma perkara perkara syubhat. Jangan pula dilabelkan HALAM ( coined by Ustaz Ismail Kamus ) untuk memenuhi kecenderungan kita.

Nabi s.a.w turut bersabda:

  1. tiap tiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama dengan daging itu,
  2. barangsiapa tidak menghiraukan dari manakah ia memperolih harta itu, niscaya Allah tidak menghiraukan dari manakah ia dimasukkan ke neraka.

Saturday, May 19, 2007

Teka Pandangan

Seorang solehin menjawab bila ditanya apa yang beliau lakukan dengan pendapatannya yang berjumlah sebanyak RM 4:

1 RM digunakan untuk berbelanja,

1 RM untuk bayar hutang,

1 RM dibuang,

1 RM dipinjamkan.

Apakah maksudnya!!!

Wednesday, May 16, 2007

Masa Untuk Tun Dr M Bersara Dari Politik

Jemaah yang regular di surau ada dalam 20 orang, majority orang pencen. Imam berumur lebih kurang 65 tahun, dan makmum purata berumur dalam lingkungan 68 tahun, apa pun saya lah yang paling junior, baru 58 tahun. Yang saya kagumi ialah saorang tok ayah umurnya dah 91 tahun, masih kuat lagi ke masjid. Walaupun slow dan kurang stabil, masih kuat berdiri, sujud dan beriftidal. Bila umur dah lanjut perkara perkara sedemikian dah jadi susah nak dilakukan. Walau bagaimanapun keinsafan dan iltizam mereka untuk beribadat begitu kuat, tak kiralah ada yang sembahyang duduk atas kerusi, duduk bersimpuh atas lantai, dan ada yang beriftidal dengan kaki yang tidak bolih dibengkokkan, bayangkanlah. Semuanya azam nak menambah ibadah kepada Illahi untuk bekalan di Hari Akhirat. Sebab kita ini kan orang beriman!!

Suasana yang demikian membuatkan saya terkenang kepada bekas PM yang di cintai, iaitu Tun Dr M. Tak silap saya dah 2 kali beliau ke IJN, Tuhan masih menyayanginya untuk hidup berbakti. Allah menyayangi makluknya dalam apa keadaan sekali pun, sama ada mati awal atau masih dipanjangkan umur. Kalau panjang umur bershukurlah, mungkin Allah beri lagi peluang untuk beristikfar. Pada pandangan saya dalam usia 81 tahun cukuplah beliau berkecimpung dalam arena politik,biarkan saja Mukhriz, Mukhzani dan Marina sambung perjuangan.

Sementara lapang jangan menyibuk.
Sementara sehat jangan cari sakit,
Sementara hidup sebelum mati.

Eloklah buat persediaan yang lebih, walaupun sekarang dah banyak beribadat. Dosa kita kepada Allah dan sesama manusia tak terhingga banyaknya. Saya bukan ustaz, tetapi ia hanya keluar kerana rasa insaf. Masa muda dulu hidup macam jemuan, alhamdulillah bila Tuhan panjangkan umur rebutlah peluang untuk beribadat ke masjid. Di rumah pun bolih buat tapi gangguannya banyak, lagi pun di masjid ganjarannya berlipat ganda. Dalam keadaan yang begitu suntuk ini bila diberi peluang, rebutlah.
Pilihlah mana mana masjid indah indah yang telah Tun dirikan dan beriktikaflah di sana, mudah mudahan mendapat ketenangan.

Monday, May 14, 2007

Konsep Sembahyang Sunat Rawatib

Para jemaah telah sedia maklum dengan sembahyang sunat, iaitu solat tambahan untuk melengkapkan solat fardhu yang lima dan juga sebagai menambah amal bakti kita sebelum mati untuk dibawa di Hari Kemudian. Tetapi kebanyakan jemaah terkeliru dengan konsep sembahyang sunat.

Sembahyang sunat yang berbagai bagai ini dikerjakan dimasa masa yang tertentu. Sembahyangnya mengikut tertip seperti sembahyang fardhu, cuma disunatkan membuatnya sahaja.

Sebagai contoh sembahyang sunat Rawatib (muakkadah) iaitu;

2 rakaat sebelum Subuh

2 rakaat sebelum dan 2 rakaat sesudah Zohor

2 rakaat sebelum Asar

2 rakaat sesudah Magrib

2 rakaat sebelum dan 2 rakaat sesudah Isya’

Kebanyakan jemaah sengaja memendekkan sembahyang sunat dengan mengamalkan yang rukun sahaja. Ditinggalnya;

Doa Iftitah,

Bacaan surah,

Pendekan tahyat.

Padahal mereka mempunyai masa yang panjang sebelum sembahyang fardhu atau selepas sembahyang fardhu. Sembahyangnya memang sah cuma konsepnya yang silap. Bila berdepan dengan Allah rebutlah peluang dengan mengamalkan yang terbaik. Kecualilah kesuntukan masa kerana sembahyang fardhu nak dimulakan.

Wallahuallam!!

Friday, May 4, 2007

Kesabaran Di Hospital Kuala Lumpur

Sabar adalah separuh dari iman.

Begitulah bunyi iklan digital yang terpangpang didahi Pusat Farmasi HKL. Kebetulan saya pergi sana waktu tengah hari untuk mendapatkan ubat tambahan. Selalunya pemberian ubat cukup efisien tetapi hari tersebut agak slow walaupun pelanggan tak ramai. Tiap tiap pelanggan bawa balik sekeranjang ubat, ration untuk 3 bulan. Just imagine how much kerajaan have to spend everyday.

Tiba tiba kedengaran saorang hamba Allah naik angin. ‘Orang tak ramai kenapa lambat sangat? Nadanya cukup tinggi menyebabkan semua mata yang berada disitu tertumpu kepadanya. ‘Gaji nak tinggi tapi kerja macam pund- - -‘ sambungnya lagi. Tiada siapapun menyahut rungutannya . Life goes on as usual at the same time iklan highlight again ‘ Maaf diatas kelambatan, harap bersabar’ then followed by ‘Sabar adalah separuh dari iman ‘ what a coincidence!

Sesiapa yang datang sama ada ke klinik atau hospital kerajaan hendaklah saiko diri sendiri, bahawa urusannya disitu akan mengambil masa sekurang kurangnya 3 jam. Maka dengan demikian mereka tidak akan rasa frust dan kecewa, memang adatnya dah macam tu. Setengah tempat siap menyatakan masa yang diambil untuk menyelesaikan sesuatu perkidmatan;

a. ambil numbor 1 jam ( klinik kesihatan)

b. periksa darah 40 minit

c. tunggu doktor 1 jam

d. jumpa doktor 15 minit

e. ambil ubat 1 jam

Mereka yang minat membaca bawalah buku atau majalah, yang malas membaca bawalah kerja tangan seperti mengait (orang pompuan) atau gobek (yang makan sireh). Cari hobi untuk berbuat sesuatu. Kalau bolih jangan sesekali bawa anak kecil (kecuali dia sendiri yang sakit). Bukan dia saja yang susah member lain pun naik b/pressure.

HKL baru baru ni perkenal tol untuk parking kereta, saya kurang pasti justifikasinya, awat kementerian tak cukup duit ke? Atau nak mudahkan pelanggannya. Saya ingat susah lagi ada. Pusing 3 round belum tentu dapat parking, dah tentu yang senang ialah k/tangannya. Dulu tempat parking pelanggan sekarang dah dikhas untuk k/tangan, dah la sakit, kena parking jauh pula tu.

Yang sebetulnya HKL tu kena revamp.

Dengar cerita (yang tak bolih dipercayai) perkidmatan perkidmatan yang tertentu telah pun dipindahkan ke hospital hospital yang lebih canggih. Sebagai contoh, case trauma telah dikhususkan ke Sungai Buluh, dan haematology di Ampang. Tetapi hasrat tak kesampaian kerana pakar pakarnya tak mahu pindah sebab dah selesa dengan HKL. Pihak kementerian susah nak ambil tindakan kerana pakar2 ni tere melobi (maklumlah mereka ni orang lama ada yang pangkat datuk dan tan sri ). Kena tunggu depa ni pi dulu.

Begitulah rakyat biasa. SABAR YA LA !!. Banyakkan sembahyang tahajud muga2 ditingkat iman dan diberi kesabaran yang tinggi.