Wednesday, May 16, 2007

Masa Untuk Tun Dr M Bersara Dari Politik

Jemaah yang regular di surau ada dalam 20 orang, majority orang pencen. Imam berumur lebih kurang 65 tahun, dan makmum purata berumur dalam lingkungan 68 tahun, apa pun saya lah yang paling junior, baru 58 tahun. Yang saya kagumi ialah saorang tok ayah umurnya dah 91 tahun, masih kuat lagi ke masjid. Walaupun slow dan kurang stabil, masih kuat berdiri, sujud dan beriftidal. Bila umur dah lanjut perkara perkara sedemikian dah jadi susah nak dilakukan. Walau bagaimanapun keinsafan dan iltizam mereka untuk beribadat begitu kuat, tak kiralah ada yang sembahyang duduk atas kerusi, duduk bersimpuh atas lantai, dan ada yang beriftidal dengan kaki yang tidak bolih dibengkokkan, bayangkanlah. Semuanya azam nak menambah ibadah kepada Illahi untuk bekalan di Hari Akhirat. Sebab kita ini kan orang beriman!!

Suasana yang demikian membuatkan saya terkenang kepada bekas PM yang di cintai, iaitu Tun Dr M. Tak silap saya dah 2 kali beliau ke IJN, Tuhan masih menyayanginya untuk hidup berbakti. Allah menyayangi makluknya dalam apa keadaan sekali pun, sama ada mati awal atau masih dipanjangkan umur. Kalau panjang umur bershukurlah, mungkin Allah beri lagi peluang untuk beristikfar. Pada pandangan saya dalam usia 81 tahun cukuplah beliau berkecimpung dalam arena politik,biarkan saja Mukhriz, Mukhzani dan Marina sambung perjuangan.

Sementara lapang jangan menyibuk.
Sementara sehat jangan cari sakit,
Sementara hidup sebelum mati.

Eloklah buat persediaan yang lebih, walaupun sekarang dah banyak beribadat. Dosa kita kepada Allah dan sesama manusia tak terhingga banyaknya. Saya bukan ustaz, tetapi ia hanya keluar kerana rasa insaf. Masa muda dulu hidup macam jemuan, alhamdulillah bila Tuhan panjangkan umur rebutlah peluang untuk beribadat ke masjid. Di rumah pun bolih buat tapi gangguannya banyak, lagi pun di masjid ganjarannya berlipat ganda. Dalam keadaan yang begitu suntuk ini bila diberi peluang, rebutlah.
Pilihlah mana mana masjid indah indah yang telah Tun dirikan dan beriktikaflah di sana, mudah mudahan mendapat ketenangan.

2 comments:

A Voice said...

Peringatan yang baik. Cuma pasti TDM orang yang tidak beribadat? Adakah beribadat itu hanya bila duduk masjid?

Bukankah sebagai seorang yang lebih bijak dan pengalaman, dia lebih mengetahui "legitimasi" kepada masaalah yang melanda negara?

A Voice said...

I have found your blog and will update on sopo in due time. Tks for notifying.