Para jemaah telah sedia maklum dengan sembahyang sunat, iaitu solat tambahan untuk melengkapkan solat fardhu yang lima dan juga sebagai menambah amal bakti kita sebelum mati untuk dibawa di Hari Kemudian. Tetapi kebanyakan jemaah terkeliru dengan konsep sembahyang sunat.
Sembahyang sunat yang berbagai bagai ini dikerjakan dimasa masa yang tertentu. Sembahyangnya mengikut tertip seperti sembahyang fardhu, cuma disunatkan membuatnya sahaja.
Sebagai contoh sembahyang sunat Rawatib (muakkadah) iaitu;
2 rakaat sebelum Subuh
2 rakaat sebelum dan 2 rakaat sesudah Zohor
2 rakaat sebelum Asar
2 rakaat sesudah Magrib
2 rakaat sebelum dan 2 rakaat sesudah Isya’
Kebanyakan jemaah sengaja memendekkan sembahyang sunat dengan mengamalkan yang rukun sahaja. Ditinggalnya;
Doa Iftitah,
Bacaan surah,
Pendekan tahyat.
Padahal mereka mempunyai masa yang panjang sebelum sembahyang fardhu atau selepas sembahyang fardhu. Sembahyangnya memang sah cuma konsepnya yang silap. Bila berdepan dengan Allah rebutlah peluang dengan mengamalkan yang terbaik. Kecualilah kesuntukan masa kerana sembahyang fardhu nak dimulakan.
Wallahuallam!!
No comments:
Post a Comment