Wednesday, May 23, 2007

Multi Layered Management System - Haram, Halal atau Halam

Beberapa bulan lalu ramai pelabur pelabur Multi Layered Management System(MLM) rasa tidak puas hati sebab fatwa yang mengatakan MLM itu hukumnya haram lambat diumumkan. Setengahnya tidak mengindahkan langsung dan meneruskan pelaburan mereka. Golongan ini berbangga dengan aktiviti ini kerana tidak ada apa apa tindakan bolih dibuat terhadap mereka.

Kita harus memahami mereka yang berwajib yang mengeluarkan fatwa ini sangat terperinci membuat keputusan. Kerana perkara yang haram dan halal adalah sangat jelas, masalahnya ialah perkara perkara yang berada diantara keduanya. Sebagai orang yang beriman perkara perkara yang waswas eloklah dianggap saja dilarang. Kerana yang menerima balasan kelak ialah kita, bukannya mereka yang mengeluarkan fatwa.

Sebagai contoh tahun lepas jiran saya ada mengenalkan kepada Uptrend Management, syarikat yang saya klasifikasikan sebagai MLM. Sempat saya mengikuti ceramahnya dan terpesona, lalu saya daftar jadi ahli dan melabur RM 300.

Dengan menjadi ahli saya diberikan produk syarikat yang merupakan kopi (3 dalam 1) yang dapat merangsang sek, bernilai RM 90. Untuk menikmati faedah seterusnya saya disyaratkan mengenalpasti 2 lagi peserta menyertai rangkaian ini. Upline saya telah kenalpasti saorang peserta dan diperlukan saya recruit saorang lagi, untuk mendapatkan faedah RM 150. Saya pun terfikir, faedah yang akan diterima hanya hasil dari pelaburan peserta seterusnya, bukanlah dari hasil jualan produk. Dan produk pula ialah benda benda mengenai seks yang harganya tak masuk akal. Saya tinggalkan pertubuhan tersebut dan pelaburan yang dibuat saya kira hangus. Tak payah nak tunggu fatwa, ikut saja naluri hati, kerana seperti sabda Rasul s.a.w yang haram dan halal adalah jelas cuma perkara perkara syubhat. Jangan pula dilabelkan HALAM ( coined by Ustaz Ismail Kamus ) untuk memenuhi kecenderungan kita.

Nabi s.a.w turut bersabda:

  1. tiap tiap daging yang tumbuh dari yang haram, maka api nerakalah yang lebih utama dengan daging itu,
  2. barangsiapa tidak menghiraukan dari manakah ia memperolih harta itu, niscaya Allah tidak menghiraukan dari manakah ia dimasukkan ke neraka.

No comments: