Friday, August 3, 2007

'SAWAN TANGIS'

Pada 4 hb. April 2007 yang lalu, Allah telah anugerahkan kami cucu sulung Azalea Khairen. Hari pertama dilahirkan di hospital Kuala Lipis paru paru nya di jangkiti kuman dan di rujuk ke hospital Temerloh untuk rawatan seterusnya.


Selepas seminggu disana Azalea dan ibu pulang ke Gombak untuk di jaga olih Tok mama dengan bantuan Tok ayah. Rupanya pelihara cucu ni lain sikit dengan pelihara anak anak. Seingat saya kami tak menempuh banyak kerenah menjaga anak berbanding dengan menjaga cucu.

Selepas sebulan Azalea di serang tangisan waktu petang, ‘discomfort zone’ dari jam 5 petang hingga magrib. Kata orang orang dulu dulu kena ‘sawan tangis’. Tok ayah cuba baca ayat ayat Quran yang termampu tapi tak berkesan. Ini lah cubaan Allah menduga sejauh mana kesabaran kita. Anak dan menantu ‘tension’, mula mencari ustaz untuk buat ubat penawar. Tak ada perubahan walaupun jampi serapah dan air mineral sebagai penawar.Yang heran nya kedua dua menantu dan anak adalah doktor belaka, pun tak tahu apa sebabnya. Ini case macam cerita ‘Ahmad Albab’, dia nagis dia nagis tak berhenti henti.

Sebelum ‘lepas pantang’ mama dan papa berusaha pula mencari bibik, persediaan bila mama mula bertugas kelak. Usaha ini bukanlah mudah seperti dijangkakan, hingga ke hari ini bibiknya belum lagi dapat masuk ke Malaysia, walaupun kelulusan telah di perolihi dari imigresen Malaysia dan RM 4000.00 telah dibelanjakan. Sementara dalam masa dua bulan ini terpaksalah tok mama menjawat jadi bibik, buat kerja ‘out station’.

Kelewatan mendapatkan bibik menjadi satu rahmat pula, kerana keadaan Azalea masih belum berubah, menjelang petang ashik melalak laksana terasuk jembalang. Kadang kadang Tok mama sendiri pun hilang modal dan kesabaran. Bayangkanlah apa akan terjadi jika yang mengasuh tak ada hubungan kekeluargaan langsung dengan bayi yang di asuh. Mungkin inilah salah satu sebab kebelakangan ini kita kerap terbaca di dada akhbar menceritakan bayi didera dan di bunuh. Kita yang mendengar ni heran mengapa manusia sanggup membuat kerja durjana, padahal kita tidak mengetahui perasaan mereka di saat saat genting yang mereka lalui.


Masuk bulan ketiga mama dan papa buat kenduri kesyukuran dan majlis cukur rambut.


Anak tok ayah sorang pun tak pernah lalui majlis berendoi dan marhaban, alhamdulillah Allah cucuri juga rahmat dan rezeki seperti manusia lain.




Tok ayah ingat inilah pertama kali terlibat dengan majlis marhaban, masa muda dulu Tok ayah ni jahil sikit dengan bab bab agama, bila bersara baru celek mata. Lain pula dengan generasi sekarang bukan pelajaran dunia sahaja yang di pelajari bahkan ilmu agama pun pandai. Nak tegur depa pasai agama pun tak berapa nak berani.

Genap empat bulan Azalea mula berubah tabiat, dia tak menangis lagi. Betul kata orang tua tua ( atau orang orang tua ), penyakit ni akan hilang dengan sendiri dalam masa tiga empat bulan. Azalea Khairen dah ‘happy’ seperti bayi biasa.

Penyakit Azalea pelan pelan pula menjangkiti Tok ayah, sebab tua tua macam ni pun kena tinggal.











3 comments:

Admin said...

saya just nak share pengalaman sendiri…..terjadi pada anak perempuan saya dari lepas bersalin nurse pun pelik asyik menangis je sampai biru muka menangis...dia suruh bagi susu...sejak dari itu dia mmg kerap nangis sampai kadang-kadang 2 jam baru berenti nangis, mcm2 dah berikhtiar, mengurut le, jumpa bomoh le, nak tidur pun sampai kena tido dalam kete malam2, tu rutin harian pastu kena pasang surah yasin tiap2 malam..…macam2 dah buat dan selepas umurnya lebih kurang 6 bulan…..waktu tu lah….baru saya tahu apa itu penyakit sawan…..mata terbeliak nampak mata putih je…mulut berbuih….kaki kejang, terjadi di kampung….mmg taktahu nak wat mcmana….bawa lari ke klinik desa…bagi ubat yg masukkan ikut bontot pastu MD situ suruh cepat2 bawa pegi Hospital Jempol……kuar masuk hospital….dr kerajaan sampai swasta..ada sekali baru kuar dr hospital swasta, sampai rumah je…taksempat nak masuk rumah pun jadi lagi….bomoh ker..urut ke semua dah buat……kalau yg moden….anak saya doktor dah sarankan utk buat mri….dan amik ubat epilim….hari2 kena makan sampai umoq 2 tahun…..dan akhirnya ditemukan oleh seorang hamba Allah…iaitu Produk SNE…..mula2 mmg takpercaya jugak pasal produk2 ni….just nak cuba,yg penting waktu tu apa yg sy piki akan tetap akan berusaha cr penawar untuk anak saya…………dan hasilnya mmg buat saya puashati dgn kesannya….anak saya dah sembuh sepenuhnya…..ubat hospital sy hentikan sendiri….dan sekarang umor dia dah 2 tahun …mmg tak pernah kena lagi sampai sekarang……alhamdulillah….jadi kesempatan ini, saya nk syorkan kepada sesiapa sahaja yg ada masalah sawan ini…cuba produk ini….www.produksne.com.my…..insyaallah……..

Dr Akbar Abdullah said...


Sawan tangis memang mudah berlaku pada bayi antara usia 2 minggu ke 4 bulan. Ia kerap berlaku pada sebelah malam. Ada yang mengaitkan kejadian ini dengan gangguan makhluk halus. Namun dari segi perubatan, sawan tangis sebenarnya berlaku disebabkan oleh si kecil mengalami masalah penghadaman menyebabkan perut kembung, colic dan reflux asid. Tidak semua masalah ini memerlukan perhatian daripada doktor. Sebelum berjumpa dengan doktor, kita boleh cuba tips-tips rawatan sawan tangis ini dahulu seperti mengkhayalkan bayi dengan lagu atau bacaan Al-Quran, melakukan teknik pemanasan perut dan sebagainya.

aSmiDar said...

saya gugel cari sebab ,kesan dan sebagainya pasal menagis berpanjangn ni...jmpa blog ni...Anak saya brusia 2bln skrg ni...dan memang seperti yg diceritakan sama dgn ape yg berlaku pada anak sy skrg...