Monday, December 10, 2007

Hj. Isa Berdakwah Mengislamkan Orang Asli Di Ulu Langat.

Ahad lalu saorang sahabat memperkenalkan saya dengan Hj. Isa dari Kemensah Height berdekatan dengan kawasan Zoo Negara. Berumur dalam lingkungan 76 tahun merupakan saorang graduan dari Agriculture College, Serdang, seangkatan dengan tokoh tokoh yang hebat seperti Tan Sri Rashdan Baba, Tan Sri Ani Arope dan Tan Sri Arshad Ayob. Beliau tidak glamour seperti sahabat sahabatnya tetapi sehingga ke hari ini Hj.Isa merupakan saorang pendakwah yang teristimewa. Barangkali jika dinilai dari pandangan Allah Taala, beliaulah manusia yang paling mulia kerana fisabilillahnya. Usaha gigih bersama isteri dicurahkan untuk berdakwah dan mengajak orang asli yang masih terpinggir di daerah Ulu Langat menganut Islam.

Terdapat beberapa kelumpuk keluarga orang asli yang belum menganuti mana mana agama, masih dengan kepercayaan nenek moyang mereka dahulu kala. Maka berlumbalah Hj.Isa dengan mubaligh mubaligh Kristen berdakwah kepada kelumpuk kelumpuk tersebut.

Kami dibawa melawat kawasan kawasan penduduk orang asli di Pangsoon, Sungai Congkak, Sungai Lui dan Kampung Longlai di daerah Ulu Langat. Pengdekatan yang Hj. Isa gunakan ialah dengan bergaul mesra dengan komuniti untuk mendapat keyakinan mereka. Fasa seterusnya ialah membuat follow up dengan mengadakan beberapa kemudahan untuk tujuan dakwah seperti surau dan balai raya. Buat permulaan surau akan dikenalpasti sebagai dewan ilmu, khuatir nanti yang belum Islam tidak akan mendekatinya.

Dewan ilmu Sungai Congkak


Perkampungan Sungai Lui



Untuk menarik orang asli ke dewan maka dibina pula berbagai aktiviti sukan seperti gelanggang badmington atau takraw dan padang bola.

Konsepnya sama kaedah membangun sesuatu komuniti masyarakat dan mereka harus sentiasa diselia dengan lawatan dan menjaga kebajkan menerusi kelas agama atau lain lain mata pelajaran seperti bahasa Inggeris.

Program ini di kendalikan yang olih isteri Hj. Isa, seminggu sekali di tiga penempatan yang berlainan. Usaha ini adalah voluntary works yang hanya memerlukan dedikasi dan comitment yang tinggi tanpa apa apa imbuhan di dunia. Cuma mengharap keredhoan dan rahmat Allah Taala.

Kelas agama di Donglai Baru


Sekali sekala penuntut penuntut pengajian tinggi akan adakan program bersama sama orang asli dan Hj. Isa akan sediakan rumah untuk menempatkan mereka untuk beberapa ketika.

Hj. Isa tidak mendapat peruntukan dari mana mana institusi kerajaan pun, sumber kewangan beliau ialah daripada derma khas yang diwujudkan di masjid tempat beliau selalu berjamaah. Beliau cuba mendapatkan bantuan dari institusi kerajaan malangnya sering diberi jawapan negatif kononnya tidak ada peruntukan.

Masakini Hj. Isa merancang untuk merperbaiki dewan ilmu dan rumah penginapan di perkampungan Sungai Lui. Beliau turut merancang kawasan riadah di sugai berdekatan untuk kemudahan penduduk dan pengunjung luar sebagai tarikan.


Dewan di Sungai Lui yang perlu diperbaiki

Mencantikan sungai untuk riadah di Sungai Lui

Hj. Isa sekarang dalam dilema kerana tiada siapa yang akan mengambil alih bila beliau tiada. Kebetulan sahabat saya yang bergiat dalam Jemaah Islam Malaysia cawangan Gombak ( JIM ) berhasrat untuk mengwujudkan program dengan anak anak jalanan, walaupun target group yang berlainan tapi matlamat sama jika memilih perkampungan orang asli sebagai model program beliau. Lawatan pagi Ahad ialah dengan tujuan meninjau sama ada program Hj. Isa menepati hasrat program JIM.

Wakil JIM Gombak akan membuat lawatan kedua minggu hadapan, inshaallah.

Friday, November 23, 2007

Keikhlasan Berderma.

Ketika pulang dari riadah pagi ternampak 3 orang ahli jawatankuasa Surau An Nur sedang minum kopi di restoran depan surau tersebut. Saya pun bagi salam dan bertenggek bersama mereka buat seketika. Rupanya mereka sedang berbincang perkara kecurian ‘compressor’ hawa dingin di surau. Pencurinya dikenalpasti sebagai saorang India yang baru masuk Islam. Jawatankuasa yakin kepadanya dan benarkan beliau menggunakan dapur surau sebagai tempat bermalam. Case ini jadi ‘pagar makan padi’.

Episod ini dijadikan topic perbualan kami pagi itu.

Semuanya sependapat bahawa mereka yang memeluk Islam ada ulterior motive, sedikit sangat yang bertujuan nak beriman. Mukminin yang sebenar tidak akan menyoal jika saudara baru memohon pertolongan, jika tidak sia sia saja ibadah yang di berikan kepada mereka. Tapi kadang kadang tu geram juga bila di ingatkan mereka mengambil kesempatan dengan sikap kita yang dermawan. Sanggup mereka mengendong anak kecil di panas terek meminta sedekah. Biasalah strategi mereka membawa anak anak kecil supaya kita terus lentuk bersimpati.

Mereka yang sedang nak masuk ke bank dengan urusan tertentu akan melalui peminta peminta derma, konon kutipan buat masjid, kutipan untuk anak anak yatim dan berbagai bagai lagi. Yang lebih canggih ialah melalui jualan kitab kitab agama. Semuanya bersangkutan dengan hal hal agama belaka.

Kadang kadang segan dan malu juga kepada yang bukan muslim: ‘orang melayu Islam ni tak ada kerja, asyik meminta saja’. Ialah kita ni ingin nak masuk shorga dengan secara senang, kan sabda Rasul saw: 3 perkara yang akan dibawa bersama kita, salah satu ialah sedekah amal jariah.

Masa zaman jahilliah, sebelum bersetuju nak kasi derma saya akan interview dulu;

  1. sihat sihat macam ni mengapa tak minta kerja,
  2. awak orang Bangla atau Rohingga,
  3. ada permit ka?
  4. nak buat masjid kenapa tak minta bantuan kerajaan?

Soalan banyak tapi derma paling banyak RM 2. Kalau yang jual buku jawab saja; cucu belum sekolah atau buku ni saya dah ada.

Sekarang dah insaf tapi dalam hati belum berapa clear lagi, masih ada rungutan sikit sikit. Begitulah hati bila dah ada bintik bintik hitam, kena berusaha lebih gigih untuk mencucinya dan berharap moga moga Allah memberi hidayah.

Friday, November 2, 2007

Usahakan Sokongan Terhadap Tabliqh.

Dalam blog bertarikh 28 Oktober 2007 saya utarakan kenapa kebanyakan muslimin kurang memberi perhatian terhadap aktiviti dakwah kumpulan Tabliqh. Diajukan kemuskilan ini kapada salah saorang jemaah yang pada pandangan saya mempunyai pengalaman yang luas dalam dakwah Islamiah di Malaysia. Beliau memberi hujah ringkas seperti berikut:

Konsep perjuangan kumpulan Tabliqh amat baik, mengajak manusia Islam ke jalan yang di redhai Allah dan mengingati muslimin akan keesaan Allah dan mengikut jejak kehidupan dan dakwah Rasulallah s.a.w. Kumpulan ini tidak langsung mengambil indah akan keadaan dan politik sekelilingnya, yang penting mengajak manusia ke jalan Allah. Inilah punca kumpulan lain kurang memberi sokongan terhadap program mereka.

Bagaimana pun Kumpulan Islamiah yang lain tidak harus ketepikan pendekatan Tabliqh, sebaliknya serapkan modes operandi mereka menjadi salah satu cabang program dakwah yang di usahakan.

Wallahuallam.

Tuesday, October 30, 2007

Gila - Bukannya Senang Nak Jadi Orang Siuman.

Saya hendak berkongsi maklumat yang di perolihi dari tazkirah magrib olih Ustaz Rejab Selamat di surau An-Nur Taman Koperasi Polis, Kuala Lumpur semalam, hari Selasa 30/10/07 . Isunya memang menarik memandangkan masakini sewenang wenangnya manusia melabelkan manusia lain kononnya banyak yang sakit dan gila:

Ustaz menceritakan perihal Rasulallah saw. pada satu hari melihat orang ramai sedang berkumpul memerhatikan sesuatu. Maka Rasulallah saw. pun bertanya apakah yang mereka perhatikan. Salah saorang menjawab ‘Ya Rasulallah kami sedang melihat orang gila’. Rasulallah saw. pun melihat dan lalu berkata ‘ Orang itu bukannya gila tetapi ditimpa musibah’ Rasulallah saw. kemudian bertanya ‘ Tahukah anda siapakah yang dikatakan gila?’ Memandangkan tiada siapa pun menjawab maka Baginda pun menerangkan ciri ciri manusia yang dikatakan gila.

1. orang yang berjalan dengan angkuh, sombong dan takabur,

2. tidak mahu mendengar pandangan dari orang yang berdarjat rendah darinya,

3. egoistic, pantang mendengar nasihat isteri, anak, dan mereka yang berfahaman lain daripadanya,

4. merasakan lebih berilmu, meremehkan dan mentertawakan orang lain,

5. memberi gelaran yang buruk pada orang lain,

6. khususkan shorga untuknya sahaja tapi masih melakukan maksiat,

7. paling soleh dari orang lain dalam amalannya,

8. suka menganggu ketenteraman orang lain,

9. orang tidak mengharapkan kebaikkan daripadanya.

Olih yang demikian perhatikan diri sendiri sama ada kita tergulung dalam sifat sifat yang di gariskan olih Rasulallah saw. Bukan senang nak jadi siuman di kaca mata mukminin.

Datuk Nazri dan Datuk Zam muhasabahlah tengok.

Sunday, October 28, 2007

Changing Mindsets Pegawai Pegawai Masjid

Pada Ramadhan yang lalu sekumpulan tabliq mengadakan aktiviti mereka di surau An - Nur, Taman Koperasi Polis fasa 1. Mereka memakmurkan surau dengan solat fardhu dan terawih berjamaah, membaca Al Quran dan berzikir. Kebanyakan makmum tempatan tidak menghiraukan mereka malah menganggap mereka sebagai kumpulan yang menyusahkan, terutama pegawai pegawai masjid. Pakaian, peralatan memasak dan makanan yang dibawa akan di lunggukkan di satu sudut. Kerapkali berjubah dan berserban ala Taliban, saolah olah menjadi perkara sunat jika pakaian tidak di basuh. Sepanjang mereka berada di situ tidak saorang makmum tempatan pun yang cuba berinteraksi dengan kumpulan tersebut. Maka tergerak hati saya menyoal kenapakah kebanyakan sikap muslimin tidak memandang positif terhadap mereka. Padahal misi mereka adalah murni berdakwah ke jalan Allah.

Sepatutnya galakan dihulur dan cuba membantu mereka. Pihak masjid atau surau turut memberi kemudahan demi keselesaan untuk menjalankan aktiviti mereka. Ini baru ada ‘class’ bila non muslim melihat aktiviti dan program keislaman kita.

StarTwo bertarikh 17/09/07 memuatkan penulisan bertajuk ‘Changing mindsets’. Speaking at a dinner talk during the conference, organised by the Muslim Professionals Forum and the Women, Family and Community Development Ministry, Susan Carland, a Muslim convert, questioned why mosques seem to have become quite, silent places of worship, where people go to prey and then leave. “ That’s not our tradition. That’s not how the Prophet saw the mosque. It is supposed to be a social place and a community centre.

Sebagai penganut baru beliau nampak apa yang berlaku kepada sikap ‘born muslim’ terhadap perkembangan Islam di Malaysia. Beliau turut membuat andaian bahawa dengan sikap pengurusan masjid yang tidak menjurus kepada remaja muslim kemungkinan kita akan kehilangan pelapis pelapis di masa hadapan.

Kita berharap Jabatan Agama Islam dapat memberi penekanan dalam isu isu ini dengan lebih serius demi pembangunan Islam di Malaysia.

Thursday, October 11, 2007

Tidak Membenarkan Bacaan Quran Menerusi Kaset Di Masjid/Surau

Bulan puasa memang tak ada mood nak menulis blog,tetapi hari ini rasa tak tahan lagi melihat perkara perkara yang berlaku di sekeliling.

Zohor tadi saya ke masjid berjemaah, selepas solat saya tak terus pulang ke rumah tapi bersimbang dengan amil yang di tugaskan memungut fitrah. Beliau menunjukan saya satu pekeliling yang di keluarkan olih Jawi: arahan bertarikh 26 September 2007, tidak membenarkan masjid/surau memainkan kaset bacaan Al Quran sebelum masuk waktu solat. Bacaan hendaklah dilakukan secara live olih pegawai masjid. Alasan yang diberikan adalah kerana kesalahan teknikal. Ada hamba Allah yang mendengar kurang selesa mendengar bacaan menerusi kaset. Maka saya pun bertanyakan Pengurusi masjid apakah yang dimaksudkan olih Jawi, masing masing hanya mampu membuat andaian saja.

Orang kepo macam saya ni mulalah membuat andaian yang mungkin tidak tepat bagaimana pun sekurang kurangnya masuk juga di akal.

Yang dikatakan kesalahan teknikal mungkin disebabkan: (a) kaset, (b) pegawai yang memainkan kaset atau (c) orang yang merakamkan kaset tersebut. Tidak mungkin (c) sebab yang membacanya semua ahli ahli belaka. Kemungkinan alat pemain kaset tu dah lama jadi bunyinya dah gelong, atau (b) pegawai yang memainkan tidak prihatin, ialah hentikan bacaan dengan mendadak dengan tidak memperdulikan ayat ayat yang di baca.

Jika itulah sebabnya pihak Jawi harus keluarkan arahan untuk mengatasi masalah (a) dan (b) dahulu sebelum tidak membenarkan langsung.

Pada pandangan saya alasan yang diberikan Jawi cuma hendak camouflage isu lain. Bayangkanlah mana ada pegawai masjid/surau yang mampu menjalankan tugas membaca Al Quran, yang ada pun lintang pukang tajwidnya. Terpaksalah masjid/surau mewujudkan al hafith untuk tujuan tersebut dan tidak mungkin ada bajet untuk tujuan tersebut. Nak bayar duit api pun letih. Jadi jika arahan tersebut dipatuhi, maka senyap sepilah masjid/surau. Munkin inilah tujuan yang diselindungkan olih Jawi. Pegawai Jawi bukannya tak cerdik tetapi mungkin ini adalah arahan sebenar pihak pemerintah.

Kenapa pula Pemerintah Islam Haadari sanggup keluarkan arahan tersebut? Susah nak difikirkan kecuali ada tekanan dari pihak pihak yang pening mendengar bacaan Al Quran. Kalaulah trend ini berlanjutan maka di satu hari nanti azan pun tidak dibenarkan, kecuali speaker nya di halakan ke dalam masjid/surau itu sendiri.

Mashaallah, apa dah jadi!!!

Sunday, September 16, 2007

Sex in Holy Month of Ramadhan

It give a great shock glancing through the article titled ‘Egyptian Sexologist States: Sex during Ramadhan is OK!.

Frank talk from Muslim sex therapist
Cairo-based Heba Kotb tackles sensitive issues within the framework of Islam.
By Jeffrey Fleishman, Times Staff Writer
July 29, 2007

Then I found out that;

On one program, Kotb and Sheik Khaled Abdullah discussed the misconception that sex is forbidden during the holy month of Ramadan.

"There is no correlation between how faithful you are to God and how much you avoid having sex in Ramadan," Kotb said.

Abdullah added: "Whenever you feel you need [to have sex] with your wife or whenever your wife feels the same according to God’s rule, you can exercise this right and you will be rewarded for that … as long as you do it between sunset and dawn prayers."

Sunday, September 2, 2007

Sampai Bila Perbezaan Ideologi Menjejaskan Kemakmuran Masjid.

Rumah yang saya diami berdekatan dengan Surau An Nur, Taman Koperasi Polis Fasa 1. Bila tiba masa masuk waktu solat maka bergemalah azan memanggil umat Islam bersolat.

Setelah bersara saya berazam nak berjemaah ke masjid untuk menambah ibadah dan cuba mendekatkan diri kepada Allah. Tambahan pula bila dirujuk kepada hadith dari Ibn Abbas r.a. menceritakan bahawa Rasulallah s.a.w. bersabda, “Kalau sesaorang tidak pergi ke masjid mesti pun dia telah dengar azan( dan dia lebih suka solat di rumah) tanpa sesuatu uzur syar’i yang kuat maka solatnya tidak di terima.” Apabila sahabat bertanya apakah uzur syar’i yang kuat itu, maka Baginda menjawab, “ketakutan atau sakit’.

Daripada hadith ini nampaknya solat yang dikerjakan di rumah (satelah mendengar azan) bukanlah solat. Menurut Mazhab Hanafi sungguhpun pahala dan berkat yang di janjikan bagi solat fardhu itu tidak akan di perolihi, tetapi orang yang solat di rumah sudah terlepas dari kewajipannya.

Tapi agak malang sekali, masakini terdapat sedikit perselisihan faham di antara jawatankuasa dan ahli ahli khariah masjid. Yang ketara ialah semenjak setiausaha yang baru di lantik olih jawatankuasa. Maka kebanyakan jemaah merasa kurang selesa dengan apa yang terjadi dan rasa tawar hati nak ke masjid terutama solat zohor dan Asar.

Episod pertama terjadi bila bilal yang bertugas semenjak 5 tahun lalu di tamatkan perkidmatannya dengan alasan umur yang melebihi 60 tahun. Isu berbangkit bila terdapat pergeseran di antara Bilal dan Pengerusi. Jawatankuasa kemudian telah membuat sokongan kepada JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah) supaya tugas bilal di tamatkan. Alasan tersebut tidak pula di kenakan kepada pegawai masjid yang lain.

Kedua ialah perletakan jawatan olih imam masjid. Isu ini terjadi bila pihak JAWI telah memberi tekanan kepada imam untuk meletak jawatan. Konon JAWI tidak berpuas hati dengan tingkah lakunya, dan ini sudah tentu mendapat sokongan jawatankuasa. Bermakna kedua dua episod ini berpunca dari jawatankuasa, cuma yang mengambil tindakan ialah JAWI.

Sekarang masjid belum ada imam gantian, hanya di kendalikan olih al-hafith yang dilantik sebagai imam sambilan. Masalahnya beliau tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada fungsi imam itu sendiri sebab sudah terikat dengan masjid lain.

Masalah yang terjadi kepada jemaah sekarang ialah bila tiba masa solat semua jemaah berpandangan antara satu sama lain mencari sesorang yang bolih mengimankan solat. Para jemaah yang kemampuan agak keberatan kerana tidak yakin direstui jawatankuasa.

Senario ini bukanlah unik terjadi kepada masjid ini sahaja, secara keseluruhan semua masjid menghadapi masalah yang sama. Puncanya pada pandangan saya di sebabkan arahan Pemerintah sendiri. Pemerintah tidak senang jika masjid di pelupori olih ahli ahli yang tidak sehaluan dengannya. Maka keluarlah arahan menyekat puak puak ini dari aktif memegang kuasa di masjid masjid. Inilah puncanya orang Islam berpecah belah di sebabkan berlainan fahaman politik.

Lantaran itu masjid yang hendak di makmurkan tidak kesampaian. Lazimnya yang selalu ke masjid ialah dari gulungan mereka yang hidup tak berapa senang.

Di merata dunia tak kira apa agamanya yang miskin selalunya kuat beribadat dan secara langsung tidak sehaluan dengan pihak Pemerintah. Maka terdapatlah pertembungan ideologi antara yang menyelia dan yang di selia.

Mereka yang di kira sehaluan dengan Pemerintah pula hidup dengan penuh kesenangan. Olih yang demikian terus mencari kehidupan yang lebih mewah dan menyangka mereka tidak perlu mendekatkan diri kepada Allah, dengan lain perkataan kurang bersyukur. Ajaran Islam banyak menghalang kepada cita cita mereka, maka kuranglah mereka ke masjid.

Puak yang tidak sehaluan tak selesa ke masjid dan puak yang sehaluan langsung tak ke masjid, maka itulah sebabnya banyak tiang masjid dari jemaah yang hadir.

Untuk memakmurkan dan mengembalikan fungsi kegemilangan institusi masjid, pihak Pemerintah haruslah bersikap terbuka dan yakin kepada diri sendiri dengan mengenepikan fahaman yang berlainan, dalam hal hal beribadah kepada Allah.

Wallahuallam.

Sunday, August 26, 2007

Tenangkan Jiwa Masa Berucap

Kuliah subuh pagi Ahad yang di sampaikan olih Ustaz Hj.Ab Rani mengupas mengenai puasa, memandangkan bulan Ramadhan sudah hampir tiba. Ustaz mengingatkan makmum bahawa puasa umat Islam mula di shariatkan pada bulan Shaban 2 Hijrah bersamaan bulan December 632 AD iaitu 1375 tahun dahulu.

Diantara perkara yang saya nak berkongsi ialah cerita dimana Rasuallah s.a.w menyampaikan Sura Baqarah ayat 183 kepada sahabat sahabatnya yang bermaksud; “Hai orang orang yang beriman, di perlukan keatas kamu berpuasa, sabagaimana di perlukan atas orang orang yang sebelum kamu; mudah mudahan kamu bertakwa”. Selepas mendengarnya maka para sahabat pun bertaburan menyampaikan dakwah tersebut. Saorang sahabat yang semangatnya berkobar kobar untuk menyampaikan dakwah tersebut telah bertembung dengan Saidina Omar yang kebetulan agak lewat ke masjid. Dengan nada yang termengah mengah ia pun menyampaikan berita kepada Saidina Omar. Saidina Omar bertindak dengan menampar mukanya. Kehairanan beliau adukan peristiwa tersebut kapada Rasulallah s.a.w. Satelah mendengar daripada kedua belah pihak Rasulallah s.a.w. pun berkata bahawa Saidina Omar itu benar.

The moral of the story ialah; bila menyampaikan berita, pesanan, atau pun dakwah yang baik baik, jiwa kita hendaklah sentiasa tenang dan jangan berada dalam keadaan marah marah, tergesa gesa barulah hajat kita di makbul Allah.

Sehubungan dengan itu saya kaitkan dengan apa yang berlaku terhadap Menteri Penerangan Malaysia Datuk Zainuddin Maidin yang semenjak kebelakangan ini asyik melabelkan bermacam macam nickname kepada para bloggers, yang terkini beliau ibaratkan sesetengah bloggers saperti penyanyi karaoke yang hanya shiok sendiri.

Kita berharap DZM ambil lah iktibar, supaya beliau tidak di lihat dan di nilai seperti sahabat Rasulallah s.a.w. yang di ceritakan olih ustaz Rani pagi tadi. Kerana bila DZM berada dalam keadaan marah dan berdendam, pertuturan atau dakwah yang di sampaikan akan lebih menampakkan kebodohan dari kebaikan yang beliau hasratkan .

Friday, August 17, 2007

Ramah Mesra Menarik Pelanggan

Dalam blog blog lama dulu selalu juga saya bercerita bahawa kami ke pasar membeli ikan. Kedainya terletak di Taman Melati berdekatan dengan flat flat Bandaraya. Ada 2 buah kedai bersebelahan diantara satu sama lain.






Sebelah kiri peniaganya orang India dan di kanan orang Islam keturunan Acheh.








Kedai Acheh


Majoriti pelanggan disitu terdiri dari orang Melayu bermakna rata rata orang Islam belaka. Yang peliknya ramai macik macik pergi membeli di kedai India. Sepatutnya sebagai orang Islam (kan kita bersaudara) kenalah makmurkan saudara kita. Maka saya pun buat kepo lah sikit, pergi survey sebab musababnya. Harga jualan agak sama, kadang kadang berbeza sikit kerana kesegaran ikan yang di jual. Kedua dua kedai sama sempit dan becak untuk berurusan. Tidak terdapat apa apa kelebihan atau kekacatan diantara satu sama lain.

Nak tanya pengunjung pengunjung, segan pula nanti depa kata kita menyebuk. Maka saya pun bertanya pelangan yang saya kenal rapat iaitu isteri saya.

Saya : Pasai apa orang suka beli di kedai India ni, awat tak pi kedai sebelah?

Isteri : Penjual kedai sebelah tu tak ramah macam kedai India ni. Lagi pun yang menjual tu hanya makan gaji saja.

Memang soheh, saya dengar sendiri Ravi tu, sangat petah berceloteh. Sebagai contoh;

Ravi : kakak, tepi sikit, nanti kemek kereta baru yang lalu tu!!

Ravi : kakak cun apasal tak nampak semalam !!

Begitulah gaya kita berniaga, mahal sikit tak berapa kisah asalkan pagi pagi suasananya ceria belaka. Janganlah anggap mentang mentang sesama Islam mereka akan menolong business kita. Hati mau baik be ( e bertanda ).

Thursday, August 16, 2007

Greenwood - Tak Seindah Namanya

Terdapat 10 buah taman perumahan di sekitar Greenwood , Gombak. Anehnya terdapat satu jalan sahaja masuk dan keluar ke taman taman tersebut. Simpang masuknya pula berdekatan dengan lampu isyarat persimpangan jalan ke Sentul dan MRR2. Bayangkan kekecuhan suasana ketika penduduk penduduk nak keluar kerja di pagi hari. Mereka yang hendak ke Kuala Lumpur nasib baik ada jalan pintas melalui Kampung Padang Balang. Maka waktu pagi mereka yang ada darah tinggi di nasihatkan lambatkan sikit masa keluar, cuba elak pertembungan dengan mereka yang nak ke


sekolah.

Kami sekeluarga menetap disana sudah tiga tahun, keadaannya bertambah parah semenjak projek tambatan banjir di laksanakan. Terfikir juga dengan perkidmatan bomba yang wujud di kawasan tersebut, mungkinkah itu sebabnya kami jarang jarang mendengar bunyi siren bomba.









Hari minggu ada pula pasar pagi yang penjualnya kebanyakan orang Indonesia.











Tahu sajalah budaya mereka, kebersihan bukan menjadi amalan.


























Walaupun kawasan di bersihkan, tetapi kotoran masih melekat di tapak tapak jualan terutama penjaja yang menjual ikan dan ayam.

Dengan parit dan longkang di penuhi sampah sarap sudah tentu ia mengundang banjir kilat bila hujan tiba.











Sudah tiba masanya pihak majlis mencari tapak alternatif, keluar dari kawasan Greenwood. Tapak sekarang dah terlampau sesak dan kotor, hinggakan gerai gerai makanan di situ turut menjadi kotor dan menjijikan kepada pelangan untik menjamu selera. Senario ini adalah kesan tinggalan dari pasar pagi Ahad.





Olih yang demikian sempena dengan tahun melawat Malaysia pihak majlis hendaklah turut prihatin terhadap suasana dan kebersihan di Greenwood, Gombak. Tingkatkan lah kebersihan dan prasarana sejajar dengan namanya.

Sunday, August 12, 2007

Jangan Salahkan Pendakwa

Satelah mengikuti wawancara wartawan Mingguan Malaysia, Norila Daud dan Wan Syamsul Amly Wan Seadey dengan Tan Sri Abdul Ghani Patail dalam menghuraikan isu tersebut, saya masih lagi tidak memahami ‘roh’ pendakwa raya dalam sesuatu case.

Kepada pendakwa mestilah individu itu dianggap bersalah maka proses mensabitkan kesalahannya dijalankan. Kepada pembela pula anak guamannya dianggap tidak bersalah dan akan mencari fakta membuktikannya. Hakim pula membuat keputusan dengan seadil mungkin berpandukan hujah hujah daripada kedua dua belah pihak. Inilah proses keadilan.

Pada hemat saya ia akan menjadi masalah jika pendakwa memasukkan element ‘adil’ kepada sesaorang yang dituduh bersalah. Yang wajib bersikap adil dalam proses permulaan mengenalpasti pesalah ialah pihak polis dalam penyiasatan mereka. Pendakwa akan komited atau tidak bergantung kepada sikap pendakwa terhadap individu yang didakwa, sama ada di sebabkan tekanan atau kebencian pendakwa, bukannya atas kesalahan. Maka timbullah isu ‘janji siap’ olih pendakwa terutama pada mereka yang tidak beriman.

Tuesday, August 7, 2007

Bertudunglah untuk kembalikan keyakinan diri



Menurut Wikipedia, kanser payudara merupakan kanser yang kelima terbesar selepas kancer paru paru, perut, hati, dan colon. Dalam tahun 2005, tujuh peratus kematian adalah di sebabkan kanser dan satu peratus daripada itu adalah kanser payudara.

Satelah usaha diperolihi, selainnya terserahlah kepada Ilahi. Kuatkan iman, beristikfar dan dekatkan diri dengan Allah . Sahabat handai dan kenalan hanya sekadar bersimpati dan memberi peransang untuk terus hidup.

Tiba masanya untuk Azean meletakkan tudung di kepala mengikut arahan Allah Taala, sekurang kurangnya dapat mengembalikan keyakinan diri Azean. Inshaallah!!

Friday, August 3, 2007

'SAWAN TANGIS'

Pada 4 hb. April 2007 yang lalu, Allah telah anugerahkan kami cucu sulung Azalea Khairen. Hari pertama dilahirkan di hospital Kuala Lipis paru paru nya di jangkiti kuman dan di rujuk ke hospital Temerloh untuk rawatan seterusnya.


Selepas seminggu disana Azalea dan ibu pulang ke Gombak untuk di jaga olih Tok mama dengan bantuan Tok ayah. Rupanya pelihara cucu ni lain sikit dengan pelihara anak anak. Seingat saya kami tak menempuh banyak kerenah menjaga anak berbanding dengan menjaga cucu.

Selepas sebulan Azalea di serang tangisan waktu petang, ‘discomfort zone’ dari jam 5 petang hingga magrib. Kata orang orang dulu dulu kena ‘sawan tangis’. Tok ayah cuba baca ayat ayat Quran yang termampu tapi tak berkesan. Ini lah cubaan Allah menduga sejauh mana kesabaran kita. Anak dan menantu ‘tension’, mula mencari ustaz untuk buat ubat penawar. Tak ada perubahan walaupun jampi serapah dan air mineral sebagai penawar.Yang heran nya kedua dua menantu dan anak adalah doktor belaka, pun tak tahu apa sebabnya. Ini case macam cerita ‘Ahmad Albab’, dia nagis dia nagis tak berhenti henti.

Sebelum ‘lepas pantang’ mama dan papa berusaha pula mencari bibik, persediaan bila mama mula bertugas kelak. Usaha ini bukanlah mudah seperti dijangkakan, hingga ke hari ini bibiknya belum lagi dapat masuk ke Malaysia, walaupun kelulusan telah di perolihi dari imigresen Malaysia dan RM 4000.00 telah dibelanjakan. Sementara dalam masa dua bulan ini terpaksalah tok mama menjawat jadi bibik, buat kerja ‘out station’.

Kelewatan mendapatkan bibik menjadi satu rahmat pula, kerana keadaan Azalea masih belum berubah, menjelang petang ashik melalak laksana terasuk jembalang. Kadang kadang Tok mama sendiri pun hilang modal dan kesabaran. Bayangkanlah apa akan terjadi jika yang mengasuh tak ada hubungan kekeluargaan langsung dengan bayi yang di asuh. Mungkin inilah salah satu sebab kebelakangan ini kita kerap terbaca di dada akhbar menceritakan bayi didera dan di bunuh. Kita yang mendengar ni heran mengapa manusia sanggup membuat kerja durjana, padahal kita tidak mengetahui perasaan mereka di saat saat genting yang mereka lalui.


Masuk bulan ketiga mama dan papa buat kenduri kesyukuran dan majlis cukur rambut.


Anak tok ayah sorang pun tak pernah lalui majlis berendoi dan marhaban, alhamdulillah Allah cucuri juga rahmat dan rezeki seperti manusia lain.




Tok ayah ingat inilah pertama kali terlibat dengan majlis marhaban, masa muda dulu Tok ayah ni jahil sikit dengan bab bab agama, bila bersara baru celek mata. Lain pula dengan generasi sekarang bukan pelajaran dunia sahaja yang di pelajari bahkan ilmu agama pun pandai. Nak tegur depa pasai agama pun tak berapa nak berani.

Genap empat bulan Azalea mula berubah tabiat, dia tak menangis lagi. Betul kata orang tua tua ( atau orang orang tua ), penyakit ni akan hilang dengan sendiri dalam masa tiga empat bulan. Azalea Khairen dah ‘happy’ seperti bayi biasa.

Penyakit Azalea pelan pelan pula menjangkiti Tok ayah, sebab tua tua macam ni pun kena tinggal.











Friday, July 27, 2007

Selamat Menyambut Hari Pahlawan dan Hari Merdeka.

Teks khutbah Jumaat minggu ini yang dibaca khatib antara lain memperingat Hari Pahlawan ia itu pada 31 Julai 2007. Jasa mereka yang berkorban dan terkorban kerana negara dan bangsa jangan dilupakan. Hulurlah bantuan kepada bekas perajurit dan keluarga mereka yang masih hidup dalam kesempitan. Kita bersyukur dapat hidup senang lenang. Kadang kadang terlupa akan sumbangan perajurit terhadap keamanan negara. Memanglah perajurit sekarang ini ashik gilap kasut, berkawat, makan tidur saja dan dapat gaji tiap tiap bulan. Ada pula dikhaskan hari Rabu untuk

bersukan dan beriadah, dah banyak relek sekarang ni. Tapi bila tiba masa kecemasan kepada merekalah juga tempat kita minta berlindung.







Kemudian sebulan selepas tu kita menyambut pula hari kemerdekaan pada 31 Ogos 2007. Saya berumur 8 tahun dan tak pernah ingat saat saat menyambut kemerdekaan. Maklumlah anak kepada pendatang tanpa izin pada ketika itu, mana nak ambil kisah pasal kemerdekaan, lagi pun mass media zaman tu, jarang jarang ada. Tapi isteri saya masih ingat detik detik tersebut kerana ibu bapanya orang kuat Umno. Dari Gurun depa pi sambut merdeka di padang bola pekan Bedung.

Perkataan merdeka ni saya ingat ketika mandi di terusan Mat Saman berhadapan rumah. Bila truck askar lalu saja nanti kami laung MERDEKA!! Komboi askar akan campakkan lebihan ration makanan mereka kedalam sungai maka berebut rebutlah kami mendapatkannya. Dapat gula gula, beras dan kadang kadang dapur untuk memasak. Itulah makna merdeka kepada kami diwaktu itu. Dah tua tua macam sekarang ni pun masih tak berapa nak faham dengan kemerdekaan, ialah yang sebetulnya siapa lagi yang terlibat secara langsung dengan perjuangan menuntut kemerdekaan. Orang gomen kata geng geng depa, yang tak sehaluan depa buat buat tak ingat.

Walau bagaimana pun kita semua kenalah patriotik, banyak negara bertumpah darah menuntut kemerdekaan, kita taklah berparang bergolok kerananya.

Selamat menyambut Hari Pahlawan dan Hari Merdeka. MERDEKA!! MERDEKA!!
MERDEKA!!

Thursday, July 19, 2007

Malaysia - Semi Secular

Najib mengulangi mengatakan Malaysia ialah negara Islam, dulu boss beliau TDM pun mempercayai demikian. MCA dan DAP bersetuju Malaysia ialah majoriti penduduk beragama Islam dan Islam ialah agama resminya. Malaysia tetap negara sekular mengikut apa yang tersurat di dalam perlembagaan, dan tindak tanduknya juga sekular. Sama juga dengan pandangan ahli Pas, tapi mereka melihat dari sudut tindakan kerajaan Umno tidak mencerminkan bahawa ia Islamic state. Orang Umno sendiri tidak berapa yakin untuk mempertahan isu ini, maka di biar bos saja yang melalak.

Ciri ciri negara sekular mengikut Wikipedia ialah;

1. kerajaan berkecuali terhadap agama, dan tidak mengistihar agama resmi,

2. memberi perlindungan terhadap semua agama,

3. tidak membenarkan agama mencampuri hal hal pemerintahan,

4. tidak menggunakan kewangan kerajaan untuk tujuan agama,

5. sistem perundangan tidak dipengaruhi agama,

6. toleran terhadap rakyat yang bertukar agama,

7. membenarkan rakyatnya menjadi pemimpin kerajaan daripada kalangan semua agama,

8. tidak memberi layanan istimewa terhadap mana mana penganut agama,

9. undang undang memelihara individu dari penganiayaan yang berasaskan agama,

Olih yang demikian Malaysia bukanlah negara sekular sepenuhnya, ia merupakan hybrid antara sekular dan Islamic. Najib is right and Lim Kit Siang is not wrong.

Tuesday, July 17, 2007

Gentleman - Baginda Sultan Brunei

Dipaparkan untuk renungan kaum muslimin ( orang Islam yang beriman);

1. persetujuan Baginda Permaisuri Brunei sepentas dengan madunya,
2. kebijaksanaan Sultan Brunei dan tarbiahnya,
3. simbol keakraban Brunei dan Malaysia,
4. Wanita Malaysia tidak diwajibkan bertudung di Brunei.

Kita di Malaysia belum ada yang gentleman macam Baginda Sultan.

Thursday, July 12, 2007

Songkok dan Ketayap


Kota Sarang Semut, Kedah ialah tempat kelahiran. Masuk darjah satu pada tahun 1955 di sekolah Simpang Empat Kangkung. Walaupun hanya 5 km tapi terasa amat jauh pada masa itu dan tiap hari dibekalkan nasi dengan ikan goreng (ikut harilah: tamban kiat, puyu, sepat siam, keli atau haruan) dibungkus daun pisang. Minyak ikan goreng itulah yang dijadikan kuahnya. Waktu rehat kami bergegas kebelakang bangunan untuk menjamah bekalan yang dibawa masing masing dan saya masih ingat berkongsi lauk dengan kawan karib yang kebetulan mengenakan songkok dalam uniform hariannya. Pada zaman itu sesiapa yang pakai songkok kira tak ‘standard’. Tapi anehnya kalau tak bersongkok, tak sembahyang jumaatlah jawabnya. Dah menjadi wajib bila sembahyang jumaat. Ketayap pula kononnya dikhaskan kepada pak haji dan pak lebai saja. Sungguh kurang ilmu ketika itu.

Sekarang ketayap ni dah jadi trend, Bangla, India dan mamak India restoran pun dah menyenaraikan ketayap dalam uniform mereka. Susah juga nak bezakan yang Islam dengan yang bukan Islam. Kalau bagi salam dia hanya pamerkan gigi putih saja, sohih dia bukan Islam.

Lain pula dengan orang UMNO, depa ni phobia dengan ketayap, takut sangat dipanggil ustaz atau dituduh ada hubungan dengan PAS. Apa ke jadahnya!!
Mereka sanggup pakai songkok stail Bung Karno, lebih tinggi songkok lebih tinggi hairakinya dalam UMNO.

Orang bertanyakan saya dari mana asalnya budaya memakai songkok. Olih kerana aruah abah berasal dari Padang Sumatra dan banyak sahabat sahabatnya yang saya kenali profession mereka ialah membuat songkok maka saya pasti ia berasal dari sana. Masa belum bersekolah saya rajin mengekori abah ke Pekan Rabu di Alor Star, aktiviti yang saya gemari ialah melihat mereka membuat songkok. Sekarang tinggal generasi ketiga yang mewarisi seni ini, pertuturan dalam bahasa Padang dah hilang, hanya setakat faham sahaja.

Dulu ingatkan orang Islam sahaja yang bersongkok, sekarang bukan Islam pun dipaksarela pakai songkok, graduan India, Cina dan Tiongkok pun pakai songkok. Lihat saja bila ada majlis resmi, Samy Velu dan Keng Yik pun pakai songkok. Olih yang demikian saya rasa untuk membezakan Islam dan bukan Islam elok juga yang Islam dikenakan pakai ketayap. Lagi pun mati esok dikapankan dengan ketayap bukan dengan songkok.Apa macam?

Saturday, July 7, 2007

Immersed In Mother's Work

Miliee Kassim feels blessed to have met Amma and to be a trustee of her charity foundation. With her only concern in alleviating her mother’s pain, she decided to go see Sri Mata Amritanandamayi Devi, the hugging lady affectionately known as ‘Amma’(mother), just to ‘try’ and see if she could help.




Sri Mata Amritanandamayi Devi



Being a muslim I was uncomfortable with the news. What ulterior motif Brigitte Rozario reported such an article? Knowing that Miliee is also a muslim only Allah know what is in her breast. As a muslim only to Allah we ask for guardian and help.








Miliee Kassim

Thursday, June 28, 2007

Sikap Buruk Ketika Berjemaah Di Masjid

Solat Jumaat selalunya penuh dengan jemaah entah dari mana datangnya. Kecil besar tua dan muda baru nampak muka. Hinggakan iman bercerita bahawa ia terserempak dengan saorang yang menetap di taman yang sama dengannya ;

Imam: ana tinggal lorong berapa?

Hamba Allah: lorong sekian sekian,

Imam: selalu ke masjid?

Hamba Allah: cuma solat Jumaat, yang lain solat di rumah saja,

Imam: siapa imam di situ?

Hamba Allah: entah! Imam pun jarang nampak!

Imam: mashaallah!!!

Bila dah masuk masjid semuanya akan tertumpu di saf yang berdekatan dengan pintu masuk, maka banyaklah tempat kosong di hadapan. Yang datang kemudian terpaksa tercegat dipintu, tunggu waktu masuk sembahyang, baru dapat bergerak kehadapan. Begitulah agaknya budaya kita, tempat tempat dihadapan majlis saolah olah dikhaskan pada pembesar pembesar dan dif dif jemputan atau kalau di masjid hanya pada mereka yang berserban sahaja. Tapi ada juga jenis yang senang nak belah awal.

Saya pula ada satu tabi’at buruk, bila dah selalu kemasjid tu bolih kata kenal dengan majoriti jemaah yang datang, nama tak kenal, pakai senyum atau angkat tangan saja. Malu nak tanya nama, susah susah panggil saja; “ assalammualaikum Haji”.

Tabi’at buruk ialah memilih jemaah yang ngam dengan saya. Pantang duduk dengan jemaah yang berkelakuan berikut;

1. baca kuat,

2. belahak atau sendawa yang berlarutan,

3. bersin tanpa usaha menutup mulut,

4. bila selsema, kesat hingus dengan tangan sahaja,

5. nafas atau mulut berbau (baru makan petai atau durian),

6. badan tengit atau pakai minyak atar murahan yang berlebihan,

7. menarik jiran untuk merapatkan saf,

8. bersesak dalam saf walaupun dah padat, hingga nak duduk tahyat pun susah,

9. sujud terlalu lama di tahyat akhir, mengganggu konsentrasi.

Bagaimana pun saya cuba sedaya yang bolih agar dapat menerima perlakuan yang disebutkan, kerana ini merupakan satu penyakit hati yang mungkin memakan ibadah yang saya lakukan.

Insha Allah.

Sunday, June 17, 2007

Seriuskah Kita Membangun Umah Melalui Institusi Masjid

Dato’ Seri Najib dalam konvensyen bersama lebih kurang 3,000 imam dari seluruh negara di Bangi Selangor, memperingati peranan yang bolih dimainkan olih pentadbir dan imam terhadap pembangunan umah. Memberi peringatan agar pentadbir masjid yang berjumlah 6,000 buah agar menjadikannya sebagai institusi menggerak percambahan pengetahuan dan juga menjalin silaturrahim di kalangan masyarakat Islam.

Masjid yang terletak di kawasan stratergik, bolih dibangunkan kedai kedai untuk tujuan perniagaan. Hasil sewaan menjadi sumber kewangan yang bolih digunakan untuk pembangunan seterusnya. Pembangunan fizikal ini agak mudah di bandingkan dengan pembangunan insan dan mental.
Semasa Tan Seri Sanusi Junid menjadi Menteri Pertanian, beliau selalu saran di wujudkan perpustakaan di masjid masjid bagi tujuan menyemarakannya. Tetapi selepas dua puluh tahun berlalu saranan tersebut masih belum ada kenyataan.

Kegagalan insipirasi yang dinyatakan olih TPM dan lain lain pembesar kerajaan itu hendaklah di lihat dari aspek kemampuan pentadbir masjid itu sendiri. Rata rata pengurusannya di tadbir olih jawatankuasa yang di lantik olih kariah. Kebanyakan ahli terdiri dari mereka yang sudah pencen dan gulungan usia yang melebihi enam puluh tahun keatas. Visi pembangunan masa depan untuk memakmurkan masjid atau kebajikan umah mungkin tidak terlintas dalam pemikiran mereka. Kalau ada pun tenaga tidak terdaya untuk melalui proses menjayakannya. Apa yang mampu diperbuat ialah aktiviti rutin sahaja seperti menjaga kebersihan, tazkirah untuk yang berjamaah, dan persediaan perayaan perayaan yang disambut setahun sekali.

Untuk tujuan membangun umat Islam dengan serius, melalui institusi masjid yang bercambah di ceruk pelusuk Malaysia ini, pada pandangan saya pihak kerajaan dicadangkan memberi perhatian terhadap perkara perkara berikut:

1. wujudkan pegawai yang bertauliah menerajui pembangunan kearah aspirasi kerajaan,

2. pegawai tersebut dipantau olih Jabatan Agama Negeri masing masing,

3. peruntukan kewangan dibajet olih Jabatan Agama,

4. semua projek pembangunan wajib ada ‘feasibility studies’ sebelum diluluskan.

Dengan demikian barulah ada motivasi. Masjid tidak hanya mengharapkan kutipan wang bila jemaah datang berjumaat. Wang yang terkumpul cukup untuk bayar bil air dan api sahaja. Kalau tidak, bolih cakap dan kempen sahajalah kepada imam dan pentadbir yang secara tak langsung majoritinya dianggap bukan penyokong kerajaan.

Monday, June 11, 2007

Banjir dan Perancangan Yang Tak SMART

Tazkirah semalam bertajuk ‘tanggung jawab saorang muslim ke atas muslimin dan jiran tetangganya’.Dalam mukadimah, ustaz memaklumkan bahawa hujan lebat semalam menyebabkan rumahnya dibanjiri air sedalam 2 kaki. Olih kerana penghuni rumah sibuk memindah barangan masing masing, maka tiada bantuan dapat dihulurkan kepada jiran jiran. Begitulah kuasa Ilahi, tiada sesiapa dapat menandingiNya.

Walaupun kata Ketua Pengarah Jabatan Perparitan dan Saliran, Datuk Paduka Keizul Abdullah, kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM6.1 bil. untuk mengatasi masalah banjir di Kuala Lumpur.

Sebagai mana hebatnya perancangan manusia, hebat lagi perancangan yang ditetapkan Allah Taala. Pembangunan begitu rancak di persekitaran Kuala Lumpur tetapi perancang bandar lalai pula menghadapi sistem saliran dan perparitan yang menandinginya.

Sudah menjadi adat manusia tidak mahu menerima kelemahan, disalahkan rakyat kerana gagal menjaga kebersihan longkang dan perparitan. Banjir kilat yang melanda bandar adalah disebabkan olih longkang dan parit yang tersumbat, bukannya otak perancang yang tersumbat. Entah apa pula alasan bila SMART dah beroperasi dan banjir masi lagi berlaku? Separuh jawapan telah pun di beri!

Ustaz terus menyambung tazkirahnya.................................

Thursday, June 7, 2007

Kebersihan - Sistem Peradaban Dan Ibadah Dalam Islam

Dalam perjalanan dari Kuala Lipis Pahang Darul Makmur ke Kuala Lumpur, sempat saya melihat pemandangan beberapa tanah perkuburan Cina dan orang Islam di tepian jalan. Dari aspek kebersihan kawasan, perbezaan amatlah terserlah dan memalukan umat Islam.

Maka teringat saya satu pagi melihat program ‘Bersama Mufti’ dengan Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin. Pada pagi tersebut beliau berbicara mengenai kebersihan, terutama di kawasan dan tandas yang terdapat di masjid masjid umat Islam. Perkara ini bukanlah perkara baru, bahkan berbuih mulut ustaz ustaz menyuarakan, tetapi kemajuan amat lembab. Isu ini perlukan tindakan yang ‘drastic’ jika ingin melihat perubahan. Mungkin kerajaan negeri, menerusi Jabatan Agama dapat merangka satu arahan dan tindakan yang serius, buka sekadar ‘mendengar telinga kiri dan keluar telinga kanan’ atau sebaliknya.

Begitulah juga keadaan kebersihan yang sangat parah di kebanyakan tanah perkuburan orang Islam, terutama di luar bandar, saolah olah di sengajakan berkeadaan demikian. Walaupun kita dinasihati jangan mencabut rumput rumput di pusara, kerana melaluinya mendatangkan rahmat kepada penghuni kubur, tapi janganlah ia menjadi hutan yang menakutkan. Orang Islam perlu anjakan budaya supaya kita tidak dipandang lekeh. Lihat sajalah perkuburan orang Kristian dan orang Cina, mereka berusaha menjadikan tanah perkuburan sebagai satu taman, senang mata orang yang hidup memandang. Ini tidak, sebut saja hal kubur, orang dewasa pun seram nak berkunjung, apatah lagi kanak kanak yang dah akal baligh.

Mungkin masalah yang di hadapi olih kariah kariah masjid ialah ketiadaan pasukan yang mengurusnya. Kebanyakan tanah perkuburan adalah merupakan tanah wakaf dan urusan penyediaan mayat adalah bidang tugas jawatankuasa masjid, yang tidak ada ‘motivation’ untuk mengurus lebih pada itu. Janganlah diingatkan “ biarlah, mereka dah mati”, kerana masalahnya ialah ‘image’ Islam kita tercemar walaupun belum ada sesiapa yang menegur.

Olih yang demikian, Jabatan Agama perlu wujudkan program untuk meningkatkan ‘image’ Islam menerusi kebersihan umatnya. Umat Melayu perlu di paksa, tidak cukup sekadar seruan. Sebagai contoh sistem pengurusan perkuburan di masjid Al Bukhari di Alor Star bolih di jadikan model. Memang benar usaha ini memerlukan kewangan, mana ada benda ‘free’ dalam dunia ini. Negara kita kan kaya dan makmur, Jabatan bolih rangka peruntukan dari Kementrian Kewangan ataupun dari dana Baitul Mal. Biarlah Islam di lihat comel ‘dalam dan luar’.

Wallahihuallam!!

Friday, June 1, 2007

Mempercayai Al Quran Adalah Salah Satu Rukun Iman

Memang risau bila sentuh isu Lina Joy ini kerana terlalu sensitif, tetapi keputusan permohonannya dah di ketahui. Ada pihak yang tak setuju, dan jika ia berpihak kepada Lina pun banyak juga orang tak bersetuju. Maka kenalah akur dengan keputusan mahkamah.

Mengenai perkara yang sama, sempat saya ikuti blog Rantings by MM dimana beliau menyiarkan artikel 'Do we believe in Quran?' Dan juga meneliti artikel olih Sheikh Sami al Majid, yang dirujuk olih Marina. Saya tak hendak komen apa apa tapi saya rujukan pula artikel olih Ust. Zaharudin untuk Marina pula menelitinya. Kerana terkilas ikan di air dah tahu isi hati kalbu Marina.

Petikannya mengenai isu ini:

Hukum bunuh ke atas si murtad adalah bertentangan dengan prinsip tiada paksaan dalam agama (al-Din) yang dianjurkan oleh al-Quran dalam Surah al-Baqarah: 256. Kata mereka, walaupun ayat ini turun berkaitan dengan perbuatan memaksa orang kafir memeluk Islam, tetapi kaedah dalam memahami al-Quran ialah "ayat-ayat yang menggunakan lafaz umum, maka hukumnya jatuh kepada umum walaupun sebab turun ayat adalah berkaitan dengan perkara-perkara yang khusus" (al-`ibrah bi `umum al-lafzi la bi khusus al-sabab).

Ulasan:

Sebenarnya tiada apa-apa percanggahan antara kehendak ayat di atas dengan kehendak hadis-hadis sahih yang memerintahkan hukuman bunuh si murtad. Ini kerana ayat di atas adalah khusus untuk memberitahu bahawa tiada dan tidak boleh memaksa seseorang yang belum Islam agar memeluk Islam. Buktinya, perkataan `al-Din' itu adalah merujuk kepada Islam sahaja dan bukan kepada agama-agama lain yang dikenali di dunia hari ini. Ini berdasarkan bahawa `al-Din' yang sebenar dan satu-satunya diiktiraf oleh Allah ialah Islam, dan kepercayaan yang selainnya tidak dinamakan `al-Din'. (Lihat Surah Ali `Imran:19 dan 85) Perlu disebut bahawa hampir semua perkataan `al-Din' dalam al-Quran merujuk kepada `Islam' yang dibawa oleh para nabi a.s. melainkan beberapa tempat sahaja ia bermakna `Hari Kebangkitan /Pembalasan' bila ia disandarkan kepada perkataan lain seperti `yawm" (hari) (Lihat Sheikh Muhammad Fu`ad `Abd al-Baqi, al-Mu`jam al-Mufahras li Alfaz al-Qur'an al-Karim, Dar al-Hadith, Kaherah, cet. ke-3, 1991). Oleh yang demikian, mengatakan ayat 256 Surah al-Baqarah itu meliputi semua agama secara umum adalah satu tafsiran yang menyeleweng dan lari daripada kehendak Allah s.w.t. dalam ayat-ayat lain yang jelas memaksudkan perkataan `al-Din' itu sebagai Islam. Jadi kaedah keumuman hukum yang mereka pakai itu tiada kena mengena dengan tafsiran al-Baqarah: 256 tersebut.

Kesimpulannya, ayat 256 Surah al-Baqarah itu tidak bercanggah dengan perintah (hadis) membunuh si murtad yang telah mencabul kehormatan Islam dengan menghebohkan kemurtadannya kepada orang lain. Mendakwa ayat tersebut bercanggah dengan hadis sahih berkenaan hukum murtad adalah satu dakwaan yang lemah, lebih lemah daripada sarang labah-labah. Oleh kerana kemasukan seseorang itu ke dalam Islam adalah berdasarkan keredhaan dan keikhlasan hati sendiri tanpa paksaan sesiapa, maka tidak timbul persoalan menyekat kebebasannya untuk keluar daripada Islam, sebaliknya persoalan yang timbul ialah pencabulan kehormatan Islam dan penghinaan kepada penganutnya yang beriltizam. Dengan ketegasan hukum murtad ini, seseorang itu tidak akan berani untuk menyamar memeluk Islam, sebaliknya yang memeluk Islam itu semuanya berdasarkan kefahaman yang jelas dan keikhlasan hati yang tulus. Penganut yang ramai tanpa kualiti dengan membawa sifat nifaq dan kepura-puraan tidak menguntungkan Islam, sebaliknya akan membawa fitnah kepada Islam dan merosakkannya dari dalam.